Hebahan: Lagu Tema Malaysia Madani: Rakyat Disantuni
Bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025, lagu tema rasmi bertajuk “Malaysia Madani Rakyat Disantuni” telah diterbit dan dilancarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) selaku Pengerusi Jawatankuasa Media dan Publisiti HKHM 2025.
Mengusung mesej kasih sayang, kebersamaan dan semangat nasionalisme, lagu ini mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk lebih menghayati nilai-nilai murni Malaysia MADANI. Konsep ‘Malaysia Madani’ melibatkan prinsip yang seimbang antara pembangunan material dan rohani, merangkumi aspek kemajuan ekonomi, integriti pentadbiran dan perpaduan masyarakat.
Orang ramai digalakkan untuk mendengar, berkongsi dan menggunakan lagu ini sebagai latar semangat bagi pelbagai program dan aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan.
Berikut merupakan pautan lagu yang telah disediakan oleh JAPEN:
https://drive.google.com/drive/folders/10btUV7ucgsFuyyLoHAT_pqED6_iX10cE
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, boleh terus berhubung dengan pegawai-pegawai Bahagian Media dan Komunikasi Korporat (BMKK JAPEN) sepertimana berikut:
- Puan Shahniza Azren binti Mohamed Shah: 03-89117369/014-7252148
- Encik Mazizul Dani: 03-89117372/017-2121274
- Encik Shamalaruban a.l. Suppaiah: 03-89117365/011-11771765
Tonton secara dalam talian:
MALAYSIA MADANI RAKYAT DISANTUNI.mp4