Skip to main content

Seksyen Perancangan Dasar


Cik Eliza Mohd Rasid

Ketua Seksyen

Perangkawan E10

Puan Nur Atiqah Binti Abdul Rahim

Analyst

Encik Izyuzal Bin Idris

Pegawai Teknologi Maklumat F10

Encik Wan Muhamad Nizamuddin Bin Wan Ahmad

Pembantu Tadbir

Skop Tugas & Peranan


Pusat Perancangan Institusi dan Strategik (IPSC) melalui Seksyen Perancangan Dasar sentiasa berpaksikan visi, misi Universiti Sains Malaysia (USM) dan Dasar Pendidikan Tinggi Malaysia, bagi memastikan universiti terus relevan dan berdaya saing menghadapi perubahan-perubahan di luar jangka. Sehubungan itu, bagi menzahirkan kecemerlangan universiti secara berterusan, seksyen ini bertanggungjawab untuk;

  1. Menyelaras dan melaporkan maklumat universiti yang diperlukan oleh pihak Kementerian seperti Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
  2. Menyediakan kerangka perancangan strategik termasuk pelan strategik universiti
  3. Melaksanakan perancangan operasi dan senario masa hadapan universiti merangkumi analisis dan jangkaan cabaran akan datang.
  4. Menyelaras, memantau dan menilai output serta keberhasilan prestasi universiti termasuk KPI.
  5. Menyelaras pengurusan data serta penyediaan analisa strategik kepada pengurusan tertinggi.

A. Perancangan Dasar dan Polisi Institusi

  • Merangka dan menyelaras dasar-dasar universiti untuk selaras dengan visi, misi, dan objektif universiti.
  • Menyediakan cadangan dan draf dasar kepada pihak pengurusan tertinggi untuk pertimbangan dan kelulusan.
  • Menilai dan mengemaskini dasar sedia ada agar terus relevan dengan perubahan persekitaran pendidikan tinggi.

B. Perancangan Strategik Universiti

  • Menyediakan dan menyelaras dokumen Pelan Strategik Universiti, termasuk objektif jangka pendek, sederhana, dan panjang.
  • Membantu dalam penyediaan strategi pencapaian KPI universiti dan pemantauan pencapaian tersebut.

C. Analisis, Pemantauan dan Pelaporan

  • Mengumpul, menyelaras dan menganalisa data strategik untuk sokongan keputusan pengurusan.
  • Menyediakan laporan berkala tentang prestasi universiti berbanding dengan sasaran strategik.
  • Menyediakan maklum balas mengenai keberkesanan dasar dan strategi

D. Sokongan Kepada Proses Pembuatan Keputusan

  • Memberi analisa dasar dan strategi yang berpandukan data untuk menyokong pembuatan keputusan oleh Naib Canselor serta pengurusan tertinggi.
  • Bekerjasama dengan seksyen lain dan PTJ untuk memastikan keputusan berdasar kepada data yang tepat