Skip to main content

Seksyen Pengurusan Risiko & Pentadbiran


Ts. Dr. Mohamed Azlan Ashaari

Ketua Seksyen

Timbalan Pendaftar

Cik Norashikin Yusoff

Pembantu Tadbir N2

Encik Ibrahim Mahmad Salih

Pembantu Tadbir N1

Encik Mohd Khir Othman

Pembantu Khidmat Am H1

Skop Tugas & Peranan


Seksyen Pengurusan Risiko dan Pentadbiran bertanggungjawab menyelaras pengurusan risiko strategik universiti serta mengurus hal ehwal pentadbiran IPSC secara menyeluruh. Peranan ini bertujuan memastikan tadbir urus IPSC dilaksanakan dengan teratur, telus dan mampan selaras dengan keperluan dan hala tuju universiti.

Seksyen ini juga berfungsi sebagai pemudah cara dalam memperkukuh kerangka pengurusan risiko Universiti Sains Malaysia, di samping memastikan urusan pentadbiran dilaksanakan dengan cekap bagi menyokong proses perancangan, pemantauan dan pelaksanaan strategi universiti.


A. Pengurusan Risiko Institusi

  • Menyelaras pelaksanaan rangka kerja pengurusan risiko universiti selaras dengan dasar, pekeliling dan garis panduan yang telah ditetapkan
  • Mengenal pasti, menganalisis dan memantau risiko strategik, operasi, kewangan serta pematuhan yang berpotensi memberi kesan kepada pencapaian objektif universiti
  • Menyelaras penyediaan, pengemaskinian dan pemantauan daftar risiko universiti dengan kerjasama Pusat Tanggungjawab (PTJ)
  • Mewujudkan, memantau dan menilai keberkesanan pelan mitigasi risiko serta menyediakan laporan status risiko kepada pihak pengurusan universiti
  • Memberi khidmat nasihat, bimbingan dan sokongan berkaitan amalan terbaik pengurusan risiko bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman dalam kalangan PTJ

B. Hal Ehwal Pentadbiran IPSC

Menyelaras dan mengurus hal ehwal pentadbiran strategik IPSC bagi memastikan kelancaran operasi harian, merangkumi:

  • pengurusan mesyuarat dan urus setia
  • pengurusan rekod, fail dan dokumentasi rasmi
  • pengurusan sumber manusia
  • pengurusan kewangan dan perolehan
  • pengurusan aset dan inventori
  • keselamatan dan kesihatan pekerjaan
  • penyelenggaraan kenderaan
  • penyelarasan program, acara dan aktiviti IPSC
  • Menyokong pelaksanaan dasar, pekeliling dan prosedur universiti khususnya yang berkaitan dengan perancangan strategik dan tadbir urus
  • Memastikan semua urusan pentadbiran dilaksanakan secara teratur, mematuhi peraturan serta menyokong kecekapan penyampaian perkhidmatan IPSC