Skip to main content

KPI PTJ


PENGENALAN


Petunjuk pencapaian Indeks KPI PTJ merupakan suatu inisiatif strategik yang diambil oleh Universiti untuk meningkatkan prestasi dalam empat dimensi kecemerlangan seperti berikut:

  • Kecemerlangan Akademik (Academic Excellence)
  • Kecemerlangan Penyelidikan (Research Excellence)
  • Kecemerlangan Perkhidmatan (Service Excellence)
  • Kecemerlangan Kewangan (Financial Excellence)

Sistem KPI PTJ diperkenalkan pada tahun 2022 dan sejak itu telah ditambahbaik untuk membolehkan 43 Pusat Pengajian/Kecemerlangan Penyelidikan di USM mengukur pencapaian PTJ masing-masing dalam keunggulan institusi, pengurusan kapasiti dan keberkesanan perlaksanaan strategi. Terdapat 102 indikator KPI PTJ pada Kad KPI PTJ, merangkumi setiap dimensi kecemerlangan tersebut.

IPSC bertanggungjawab menyelaras pengurusan data, kualiti data serta menjalankan analisa pencapaian KPI PTJ bagi Universiti menerusi kerjasama PTJ dan PTJ Pentadbiran Pusat.


HIERARKI KPI



PERLETAKAN SASARAN PENCAPAIAN KPI PTJ OLEH PTJ


Pusat Pengajian/Kecemerlangan Penyelidikan perlu menetapkan sasaran tahunan bagi pencapaian setiap indikator pada kesemua 4 Dimensi Kecemerlangan berdasarkan pencapaian kumulatif tahun sebelumnya. Sasaran yang telah dipersetujui dan diperakui oleh Naib Canselor akan diturunkan melalui Scorecard KPI PTJ