Skip to main content

Seksyen Pengukuran Prestasi Institusi


Puan Norlela Hashim

Ketua Seksyen

Perangkawan E12

Cik Ummu Hani Mohd Ghouse Merican

Pegawai Penyelidik Sosial (Projek) N9

Ts. Mazlan Mohd Yasim

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F6

Puan Siti Haida Binti Idris

Pembantu Tadbir N2

Puan Norhana Binti Abd Aziz

Pembantu Tadbir N1

Skop Tugas & Peranan


Seksyen Data Strategik bertanggungjawab dalam pengurusan maklumat institusi yang strategik bagi tujuan penarafan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Seksyen ini merangkumi Unit Perkhidmatan Pengurusan Data dan Analitik serta Pengurusan Data MyRA.

Seksyen ini bertanggungjawab:

• Menyelaras pengumpulan dan pengemaskinian data penarafan institusi daripada pentadbiran pusat dan pusat tanggungjawab (PTJ).
• Menyemak, mengesahkan dan memastikan ketepatan serta keseragaman data sebelum pelaporan rasmi.
• Menyelaras, mengurus pelaporan data institusi melalui Sistem MyMoheS.
• Menyelaras penyediaan data dan dokumen sokongan bagi pelaksanaan Pengauditan MyRA dan penilaian SETARA.
• Memantau pematuhan garis masa, keperluan pelaporan dan tindakan pembetulan data.
• Memberi khidmat nasihat serta sokongan teknikal berkaitan keperluan data penarafan kepada pemilik data dan PTJ.


A. MyRA (Malaysia Research Assessment)


MyRA merupakan instrumen penilaian nasional yang dibangunkan bagi menilai prestasi penyelidikan universiti di Malaysia. Penilaian ini merangkumi komponen utama seperti sumber penyelidikan, hasil penyelidikan, penerbitan, inovasi, pengkomersialan serta jaringan dan kolaborasi. Di peringkat universiti, IPSC berperanan menyelaras dan mengurus pengumpulan, pengesahan serta penyelarasan data dan dokumen sokongan MyRA daripada pentadbiran pusat dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) bagi memastikan pematuhan kepada garis panduan penilaian serta menyokong peningkatan prestasi penyelidikan universiti secara berterusan.

B. MyMoheS (Malaysia Ministry of Higher Education System)


MyMoheS merupakan sistem pelaporan berpusat di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang digunakan untuk pengumpulan dan pemantauan data institusi pendidikan tinggi. Di peringkat universiti, IPSC berperanan menyelaras, mengurus dan mengesahkan data MyMoheS yang diterima daripada pentadbiran pusat dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) bagi memastikan ketepatan, keseragaman dan pematuhan kepada garis panduan pelaporan yang ditetapkan. Data MyMoheS ini menjadi rujukan rasmi bagi pemantauan prestasi institusi, perancangan strategik serta sokongan kepada penilaian dan penarafan di peringkat nasional.

C. SETARA (Rating System for Higher Education Institutions in Malaysia)

SETARA merupakan sistem penarafan institusi pendidikan tinggi yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi menilai tahap kualiti dan prestasi universiti secara menyeluruh. Penilaian SETARA merangkumi aspek utama seperti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, perkhidmatan sokongan, tadbir urus serta pengantarabangsaan. Di peringkat universiti, IPSC berperanan dalam pengurusan data SETARA daripada pentadbiran pusat dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) bagi memastikan ketepatan maklumat, pematuhan kepada garis panduan penarafan serta menyokong penambahbaikan berterusan prestasi institusi.