Skip to main content

Kelestarian


Pengenalan


Aktiviti kelestarian yang dilaksanakan oleh IPSC merupakan usaha berterusan yang selari dengan komitmen Universiti Sains Malaysia (USM) dalam mendukung agenda pembangunan mampan sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 1–SDG 17). Inisiatif ini merangkumi pelbagai aktiviti seperti pengurusan sisa secara lestari, amalan kitar semula, pengoptimuman penggunaan sumber, serta penglibatan bersama komuniti setempat yang menyumbang kepada kesejahteraan sosial, ekonomi dan alam sekitar.

Pelaksanaan aktiviti ini turut memperkukuh penerapan konsep Pejabat Hijau dalam operasi harian serta menyokong usaha ke arah Kampus Sejahtera dan Lestari, selaras dengan visi dan misi USM sebagai universiti berteraskan kelestarian. Melalui pendekatan holistik dan inklusif, IPSC berperanan sebagai pemangkin dalam membudayakan amalan kelestarian yang berimpak tinggi, berdaya tahan dan mampan, sekali gus menyumbang kepada pencapaian agenda kelestarian di peringkat institusi, komuniti dan global.

Keanggotaan JK Kelestarian IPSC 2025-2027

Peranan Pegawai Kelestarian

  1. Merancang dan mengenalpasti aktiviti kelestarian yang boleh dijalankan di PTJ.
  2. Mengawalselia dan memantau aktiviti kelestarian di PTJ.
  3. Menghadiri latihan berkaitan kelestarian yang disediakan oleh universiti.
  4. Memaksimakan pencapaian USM melalui kepakaran, perancangan, idea dan pelaksanaan aktiviti berkaitan kelestarian.
  5. Merangka strategi pengumpulan dan penyediaan data kelestarian.
  6. Menyediakan laporan tahunan aktiviti kelestarian PTJ.

Profesor Dr. Saidatulakmal Mohd
Pengarah,
Pengerusi Kelestarian

Cik Nor Sida Binti Che Nayan

Pegawai Tadbir

Pegawai Kelestarian (Penglibatan Staf Dan Komuniti Berkaitan Kelestarian)

En. Mazlan Bin Mohd Yassim

Pen. Peg. Teknologi Maklumat

Pegawai Kelestarian (Kecekapan Sumber)

En. Wan Muhamad Nizamuddin Bin Wan Ahmad

Pembantu Tadbir

AJK Kelestarian (Perolehan Hijau)

AJK Kelestarian (Kesihatan dan Keselamatan)

AJK Kelestarian (Pengurusan Sumber Air)

Pn. Siti Haida Binti Idris

Pembantu Tadbir

Pegawai Kelestarian (Pengurusan Sisa)

2025


Hebahan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) USM

Universiti Sains Malaysia (USM) telah melaksanakan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) yang dikemaskini bermula 1 Ogos 2023, sebagai penambahbaikan kepada dasar terdahulu bertarikh 1 November 2021. Dasar ini diwujudkan bagi memastikan pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dilaksanakan secara sistematik, berkesan dan sejajar dengan kehendak perundangan.

Lima langkah utama yang menjadi teras dasar ini adalah:

  1. Mewujudkan sistem pengurusan KKP yang berkesan dan mampan sejajar dengan kehendak perundangan KKP.
  2. Memastikan perundangan dan peraturan KKP yang berkuatkuasa adalah dipatuhi oleh semua PTJ di USM.
  3. Mengawal hazad, bahaya dan risiko yang wujud dalam persekitaran kerja termasuk mengambil langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya.
  4. Menyediakan sumber yang mencukupi termasuk latihan, kemudahan dan peralatan yang selamat bagi memastikan penambahbaikan berterusan dalam pengurusan KKP.
  5. Memastikan penglibatan semua PTJ dalam mengamalkan budaya kerja selamat melalui program kesedaran dan pemantauan dari masa ke masa.

Selaras dengan dasar ini, Bangunan IPSC telah dilengkapi laluan kecemasan, pintu kecemasan di bahagian belakang bangunan, serta alat pemadam api mencukupi di aras bawah dan aras 1. IPSC juga berjaya melaksanakan Latihan Kebakaran bersama Jabatan Keselamatan USM pada awal tahun 2025, sebagai langkah kesiapsiagaan dan pematuhan terhadap dasar ini.

IPSC komited untuk meneruskan usaha meningkatkan keselamatan dan kesihatan warga kerja demi mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan produktif.


Gotong-Royong Membanteras Aedes di IPSC

Pada 10 Februari 2025, IPSC telah melaksanakan program gotong-royong membanteras nyamuk aedes di sekitar bangunan institut. Inisiatif ini bertujuan memastikan persekitaran kerja yang bersih, selamat dan bebas daripada risiko penyakit bawaan nyamuk, khususnya denggi.

Program ini memberi fokus kepada pembersihan kawasan berpotensi menjadi tempat pembiakan aedes, seperti takungan air, longkang, dan persekitaran landskap. Aktiviti ini bukan sahaja mengurangkan risiko wabak denggi, malah turut memupuk semangat kerjasama dan kesedaran sivik dalam kalangan warga kerja IPSC.

Selain aspek pencegahan, gotong-royong ini juga memberi manfaat kesihatan fizikal melalui aktiviti pembersihan yang dijalankan bersama. IPSC komited untuk meneruskan usaha sebegini bagi menjamin persekitaran kerja yang sihat, kondusif dan harmoni, sejajar dengan amalan gaya hidup sihat dan tanggungjawab sosial.


Kempen Jimat Air: Setiap Titisan Amat Berharga

Dalam usaha menyokong amalan kelestarian dan pengurusan sumber secara berhemah, IPSC telah melaksanakan “Kempen Jimat Air” yang bertujuan mengurangkan pembaziran air di tandas pejabat IPSC. Inisiatif ini menggunakan botol mineral terpakai bersaiz 500mL yang diisi penuh dengan air dan dimasukkan ke dalam tangki simbahan tandas wanita dan tandas lelaki. Kapasiti penuh tangki simbahan adalah kira-kira 6 liter. Dengan adanya botol berisi 500mL di dalam tangki, setiap kali simbahan digunakan, jumlah air yang keluar dapat dikurangkan sebanyak 500mL tanpa menjejaskan keberkesanan cucian.

Program ini bukan sahaja membantu mengurangkan penggunaan air, menjimatkan kos bil air, malah ia turut menyumbang kepada pengurusan sumber yang lebih mampan selari dengan prinsip Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 6: Air Bersih dan Sanitasi. SDG ini menekankan kepentingan memastikan ketersediaan air dan pengurusan sanitasi yang lestari untuk semua.

Selain itu, kempen ini menggalakkan amalan kitar semula dengan memanfaatkan botol plastik terpakai, sejajar dengan SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab. Gabungan dua SDG ini menjadikan program ini bukan sahaja inovatif, tetapi juga berorientasikan kelestarian.

Dengan sokongan semua pihak, kita mampu menjadikan IPSC sebagai contoh organisasi yang mengutamakan kelestarian, di mana setiap tindakan kecil seperti ini mampu memberi kesan positif terhadap alam sekitar dan generasi masa depan.


Gotong-Royong Perangi Aedes Peringkat IPSC

Tarikh: 11 Julai 2025
Tempat: Institut Penyelidikan Sains Kesihatan (IPSC), USM

Bagi menyahut seruan Malaysia, IPSC telah menganjurkan Program Gotong-Royong Perangi Aedes Peringkat IPSC pada 11 Julai 2025. Program ini dilaksanakan sehari sebelum acara tahunan Gotong-Royong Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan Malaysia yang berlangsung pada 12 Julai 2025.

Tujuan utama program ini adalah untuk membasmi pembiakan nyamuk Aedes dan seterusnya mencegah penularan wabak denggi dalam kalangan warga kampus. Aktiviti gotong-royong merangkumi pembersihan longkang, menghapuskan takungan air, mengutip sisa buangan, serta memeriksa kawasan berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Selain meningkatkan tahap kebersihan persekitaran, program ini juga memberi pendedahan kepada warga IPSC mengenai kepentingan kerjasama komuniti dalam menangani isu kesihatan awam. Denggi bukan sahaja menjejaskan tahap kesihatan masyarakat, malah turut memberi impak terhadap produktiviti negara Malaysia.

Pelaksanaan program ini juga seiring dengan komitmen USM terhadap Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals - SDG), khususnya:

  • SDG 3: Kesihatan Yang Baik Dan Sejahtera – memastikan kehidupan sihat dan menggalakkan kesejahteraan untuk semua.
  • SDG 11: Bandar Dan Komuniti Mampan – mewujudkan persekitaran kampus yang bersih, selamat, dan lestari.
  • SDG 17: Perkongsian Untuk Matlamat – menekankan kerjasama berpasukan dan sinergi warga universiti dalam mencapai matlamat bersama.

Dengan semangat gotong-royong, IPSC percaya bahawa usaha kecil yang dilakukan bersama akan membawa impak besar dalam mengawal dan membanteras ancaman nyamuk Aedes.


Program Gotong-Royong & Penjimatan Tenaga: Bersih, Jimat & Produktif

IPSC telah menganjurkan Program Gotong-Royong Ruang Kerja yang melibatkan seluruh staf IPSC. Program ini bertujuan meningkatkan produktiviti melalui ruang kerja yang lebih bersih, kemas, dan teratur. Suasana kerja yang kondusif terbukti mampu meningkatkan keselesaan, semangat berpasukan, dan kualiti kerja warga IPSC.

Selain aspek kebersihan, IPSC turut menekankan kepentingan penjimatan tenaga sebagai sebahagian daripada budaya kerja lestari. Antara langkah mudah yang diamalkan adalah menutup lampu ketika waktu rehat, menutup komputer dan screensaver apabila tidak digunakan. Usaha kecil ini memberi impak besar dalam mengurangkan pembaziran tenaga dan kos operasi.

Kedua-dua inisiatif ini menyokong komitmen IPSC terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 3 (Kesihatan Baik dan Kesejahteraan), SDG 11 (Bandar dan Masyarakat Mampan), dan SDG 12 (Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab). Gotong-royong membina persekitaran kerja yang lebih sihat, manakala penjimatan tenaga mengurangkan jejak karbon serta memupuk kesedaran alam sekitar dalam kalangan staf.

Program ini jelas menunjukkan bahawa budaya kerja produktif dan lestari boleh bermula dengan langkah kecil – daripada mengemas meja sendiri, hinggalah kepada mematikan suis selepas digunakan. IPSC percaya bahawa usaha bersama ini akan melahirkan komuniti kerja yang lebih harmoni, sihat dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.


Kempen IPSC: Katakan Tidak Kepada Rokok dan Vape

IPSC sentiasa komited dalam mewujudkan persekitaran kerja dan pembelajaran yang sihat, selamat dan kondusif. Sehubungan itu, IPSC melancarkan Kempen “Katakan Tidak Kepada Rokok dan Vape” sebagai usaha memperkukuh budaya kampus bebas asap rokok dan bebas vape.

Merokok dan penggunaan rokok elektronik (vape) bukan sahaja memberi kesan buruk kepada kesihatan individu, malah turut menjejaskan keselesaan orang sekeliling melalui pencemaran udara. Kajian menunjukkan bahawa tabiat ini meningkatkan risiko pelbagai penyakit kronik termasuk kanser, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Vape yang sering dianggap sebagai alternatif lebih selamat sebenarnya juga mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh merosakkan paru-paru dan sistem imun tubuh.

IPSC menegaskan larangan keras terhadap sebarang aktiviti merokok dan vape di dalam serta sekitar bangunan IPSC, selaras dengan Polisi USM Bebas Tembakau sejak tahun 2012. Inisiatif ini bukan sahaja menyokong usaha kesihatan dalaman kampus, malah seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 3: Kesihatan Baik Dan Kesejahteraan) yang menekankan kepentingan gaya hidup sihat.

Melalui kempen ini, IPSC menyeru semua warga kampus untuk bersama-sama:

  • Menjauhi rokok dan vape.
  • Memberi sokongan moral kepada rakan-rakan untuk berhenti merokok.
  • Membudayakan gaya hidup sihat tanpa asap.

Mari kita wujudkan suasana kerja dan pembelajaran yang lebih sihat, selesa dan produktif. Katakan TIDAK kepada rokok dan vape – demi kesihatan, kesejahteraan, dan masa depan kita bersama.


MINGGU KELESTARIAN IPSC 2025 – “IPSC: JOM LESTARI!”

IPSC telah menganjurkan Minggu Kelestarian IPSC 2025 bermula 4 - 8 Ogos 2025 dengan tema “IPSC: Jom Lestari!”. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran staf IPSC terhadap kelestarian alam sekitar serta menggalakkan amalan hijau selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Sepanjang minggu tersebut, empat aktiviti utama telah dijalankan dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada semua staf IPSC.

  1. Penyediaan “Laman Refleksi IPSC”
    Laman ini diwujudkan untuk menghidupkan semula kawasan refleksologi yang terbiar dan menjadikannya ruang terapi diri yang selesa serta laluan kesihatan yang mesra alam. Ia turut dilengkapi elemen pendidikan visual bagi meningkatkan kesedaran staf terhadap prinsip SDG, di samping menggalakkan kitar semula dan penggunaan tenaga boleh diperbaharui.
  2. Penyediaan “Ruangan Hijau IPSC”
    Ruangan ini berfungsi sebagai sudut rehat dan pembelajaran mesra alam melalui konsep Rest & Read, di mana staf boleh membaca infografik dan tip kelestarian. Kemudahan seperti bekas makanan dan minuman, beg kitar semula, serta payung disediakan untuk kegunaan bersama. Kempen Plastic Bag Free Day pada setiap hari Jumaat turut diperkenalkan bagi mengurangkan penggunaan plastik sekali guna. Di samping itu, kemudahan tong kitar semula berlabel (kertas, plastik, tin) disediakan untuk memupuk tabiat pengasingan sisa dengan betul.
  3. Kempen “Hari Tanpa Plastik”
    Kempen ini memfokuskan kepada pengurangan penggunaan plastik sekali guna dengan menggalakkan staf membawa bekas makanan dan minuman sendiri. Ia juga bertujuan memupuk amalan kitar semula secara berterusan di kalangan warga IPSC.
  4. Bengkel Terrarium “Taman Dalam Botol”
    Bengkel ini memberi pendedahan kepada staf tentang konsep terrarium dan hubungannya dengan kelestarian alam. Peserta mempelajari cara menghasilkan landskap mini yang indah dan menenangkan untuk menghias ruang pejabat, di samping meningkatkan kesedaran alam sekitar melalui aktiviti kreatif.

Penutup
Penganjuran Minggu Kelestarian IPSC 2025 telah berjaya menyatukan semua staf dalam menjayakan amalan mesra alam secara kolektif. Setiap aktiviti bukan sahaja menyumbang kepada kelestarian persekitaran, malah memperkukuh ukhuwah staf IPSC. Dengan pelaksanaan berterusan inisiatif seperti ini, IPSC komited untuk menjadi contoh institusi yang mengamalkan gaya hidup lestari serta menyokong agenda pembangunan mampan pada masa hadapan.


KOMITMEN IPSC DALAM MEMPERKASAKAN AGENDA SDG MELALUI LATIHAN DAN INISIATIF DALAMAN

Sebagai sebahagian daripada komitmen IPSC dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), taklimat dan latihan tahunan berkaitan SDG sentiasa diberikan kepada staf pentadbiran dan sokongan. Taklimat dan latihan ini bertujuan untuk menyegarkan pemahaman staf mengenai amalan pengurusan pejabat yang selaras dengan prinsip kelestarian, khususnya dalam aspek penjimatan tenaga dan penggunaan sumber secara cekap.

Selain daripada taklimat dan latihan khusus kepada staf, Pengarah IPSC turut mengambil peluang untuk mengetengahkan isu-isu berkaitan SDG kepada seluruh warga IPSC semasa Mesyuarat Tahunan Pengarah bersama Staf.

Dalam mesyuarat tersebut, beberapa cadangan turut dikemukakan, termasuklah galakan kepada staf IPSC untuk memohon geran yang diperuntukkan oleh USM bagi pelaksanaan projek komuniti yang berasaskan SDG. Usaha ini dilihat sebagai satu langkah proaktif dalam memperluas impak IPSC terhadap pembangunan mampan di peringkat komuniti setempat.


Penggunaan Tenaga Elektrik (KWh), Jumlah Bil Elektrik (RM) dan Penggunaan Bilangan Kertas Melalui Percetakan

Penjimatan tenaga elektrik dan penggunaan kertas merupakan elemen penting yang berkait rapat dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), khususnya:
SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab
SDG 7: Tenaga Bersih dan Mampu Milik
SDG 13: Tindakan terhadap Perubahan Iklim

Sebagai langkah menyokong agenda kelestarian, IPSC melaksanakan pemantauan berkala terhadap penggunaan tenaga elektrik (kWh) dan penggunaan kertas melalui mesin pencetak secara bulanan. Selain itu, penggunaan mesin pencetak semakin berkurangan susulan inisiatif IPSC menyediakan kod QR bagi semua aktiviti rasmi, membolehkan peserta memuat turun manual atau buku panduan secara digital.

Inisiatif ini bertujuan mengoptimumkan penggunaan sumber secara lebih cekap serta mengurangkan pembaziran dalam pengurusan operasi pejabat.


Program EcoAction Greencycle IPSC: Menjana Nilai daripada Sisa, Menyemai Budaya Lestari

Sebagai manifestasi komitmen IPSC terhadap kelestarian alam sekitar dan selaras dengan aspirasi Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai universiti berteraskan kelestarian, program “EcoAction GreenCycle IPSC” diperkenalkan sebagai inisiatif tahunan yang menyeluruh melibatkan semua staf pentadbiran.

Program ini bertujuan untuk:

  • Meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap kepentingan kitar semula
  • Membersihkan ruang kerja secara sistematik untuk persekitaran yang lebih kondusif
  • Mengurangkan sisa kertas dan e-waste secara bertanggungjawab
  • Menjana pendapatan sampingan yang boleh disalurkan semula ke dalam aktiviti kelestarian IPSC

Melalui program ini, kertas terpakai dikumpul dan dijual kepada pusat kitar semula berlesen, manakala sisa elektronik seperti bateri telefon bimbit turut dikitar secara berasingan bagi mengelakkan pencemaran dan kerosakan jangka panjang kepada alam sekitar.

Pada tahun ini, sebanyak 280 kilogram kertas terpakai telah berjaya dikumpulkan dan dikitar semula, yang menghasilkan pendapatan sampingan sebanyak RM42.00. Walaupun jumlah ini kelihatan kecil, ia melambangkan impak besar dalam memperkukuh budaya kelestarian di peringkat akar umbi serta komitmen kolektif warga IPSC dalam menyumbang kepada perubahan yang positif.

Program EcoAction GreenCycle ini menyokong beberapa Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), antaranya:

  • SDG 11: Bandar dan Masyarakat Mampan (Sustainable Cities And Communities)
    Mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, sihat dan selamat.
  • SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab (Responsible Consumption And Production)
    Mempromosikan pengurusan sisa yang beretika serta penggunaan sumber secara cekap.
  • SDG 13: Tindakan Iklim (Climate Action)
    Mengurangkan kesan karbon melalui pemulihan dan pengurangan sisa tidak terbiodegradasi.
  • SDG 17: Kerjasama Demi Matlamat (Partnerships For The Goals)
    Menggalakkan kolaborasi dalaman dan luaran dalam menggerakkan inisiatif kelestarian.

Pelaksanaan program ini bukan sahaja memperkukuh amalan hijau di peringkat pentadbiran, malah memperlihatkan bagaimana tindakan kecil yang konsisten boleh memberi impak besar terhadap pemeliharaan alam sekitar. EcoAction GreenCycle adalah simbol semangat bersama warga IPSC dalam mendukung agenda hijau kampus dan transformasi ke arah institusi pengajian tinggi yang mapan.


Sisa pepejal pejabat telah berjaya dikumpulkan sehingga Mei 2025 bagi tujuan kitar semula.
Sejumlah 280kg dapat dikumpulkan.

Memacu Perubahan Hijau: Mentransformasikan Budaya Kampus Melalui Strategi Kelestarian

Pusat Perancangan Institusi & Strategik (IPSC) di bawah anjuran Program Transformasi Insan (PTI) telah mengadakan satu program penyebaran ilmu bertajuk “Kelestarian & SDG: Strategi untuk Pelaksanaan” yang disasarkan kepada staf akademik dan staf pentadbiran USM. Program ini bertujuan untuk memperkukuh pemahaman serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan staf mengenai kepentingan mengintegrasikan prinsip kelestarian dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dalam pengurusan harian di pejabat masing-masing, selari dengan aspirasi menjadikan USM sebagai kampus hijau dan lestari.

Program telah disampaikan oleh Pengarah IPSC, Profesor Dr. Saidatulakmal Mohd, yang berkongsi pandangan strategik mengenai peranan institusi pengajian tinggi dalam menyokong agenda kelestarian global. Beliau turut mengetengahkan kepentingan transformasi operasi harian melalui pelaksanaan amalan Pejabat Hijau sebagai salah satu langkah konkrit ke arah mencapai SDG.

🌿 Inisiatif Lanjutan: Penampalan Poster Penjimatan Utiliti
Sebagai kesinambungan daripada program tersebut, staf IPSC telah mengambil langkah proaktif dengan menyebarkan maklumat berbentuk visual mengenai penjimatan penggunaan utiliti di sekitar kampus utama USM. Poster-poster yang mengandungi mesej kesedaran tentang pengurangan penggunaan tenaga, air dan kertas telah ditampal di lokasi tumpuan pelajar seperti dewan kuliah dan kafeteria. Inisiatif ini mensasarkan golongan pelajar sebagai agen perubahan yang berperanan penting dalam mendukung budaya kelestarian di kampus.

🌱 Komitmen IPSC untuk Kampus Lestari
IPSC terus komited untuk menjadi pemangkin kepada perubahan positif dengan menggalakkan budaya tanggungjawab alam sekitar, sosial dan tadbir urus yang baik (ESG) di semua peringkat komuniti kampus. Program-program seperti ini merupakan antara langkah strategik IPSC dalam memperkasakan kesedaran dan tindakan warga kampus ke arah menjadikan USM sebagai contoh institusi pengajian tinggi yang mapan dan berdaya tahan.


Kempen Penjimatan Tenaga Peringkat IPSC

USM telah menjalankan kempen bertemakan “Clean Energy for People and Planet” sempena Hari Tenaga Bersih Antarabangsa. Bagi menyokong usaha USM, kempen kesedaran di Peringkat jabatan dijalankan sebagai usaha kecil di peringkat IPSC.

Kempen penjimatan tenaga, air, dan sumber bahan menjadi satu usaha penting untuk memastikan kelestarian alam sekitar serta masa depan yang mampan. Melalui kempen ini, fokus utama adalah untuk meningkatkan kesedaran staf IPSC terhadap kepentingan pengurusan sumber secara berhemah. Kempen ini bukan sahaja menyumbang kepada kesejahteraan planet, tetapi juga menggalakkan penjimatan kos, inovasi hijau, dan pembangunan mampan secara keseluruhan.

Menggunakan Air Tadahan Hujan

Penjimatan Kertas dengan Imbas QR Code

Mewajibkan Tutup Lampu Semasa Waktu Rehat


    Latihan Dalaman Pejabat Hijau dan Konsep 5R

    Pada 4 Februari 2025, IPSC telah mengadakan sesi latihan dalaman berkaitanPejabat Hijau yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah IPSC. Latihan ini melibatkan penyertaan Unit Data dan Unit ICT dengan fokus kepada penerapan prinsip SDG dalam pengurusan pejabat serta kawalan risiko di tempat kerja.

    Sesi ini memberi penekanan kepada peranan SDG dalam memastikan kelestarian operasi pejabat, termasuk pengurusan sumber dan persekitaran kerja yang selamat. Penerapan amalan 5R (Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, Recover) turut diterangkan kepada staf sebagai sebahagian daripada tadbir urus hijau yang menyokong keberkesanan pengurusan sumber dan mengurangkan impak alam sekitar.

    Latihan ini juga menekankan aspek kesedaran staf terhadap tanggungjawab kolektif dalam membina budaya kerja yang lestari, mematuhi garis panduan keselamatan, dan mengurangkan risiko operasi. IPSC komited untuk terus melaksanakan inisiatif latihan berteraskan SDG agar nilai kelestarian menjadi sebahagian daripada amalan harian, selaras dengan aspirasi universiti ke arah institusi berdaya tahan dan mesra alam.


    Latihan Dalaman SDG Perkukuh Kompetensi Staf Sokongan

    Pada 1 Ogos 2025, IPSC telah melaksanakan latihan dalaman berkaitan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang melibatkan Unit Pentadbiran. Latihan ini disampaikan oleh Puan Farhana Syamimi kepada staf sokongan lain sebagai usaha meningkatkan pemahaman berkenaan penerapan SDG dalam amalan kerja harian.

    Inisiatif latihan dalaman ini bukan sahaja bertujuan memperkukuh kesedaran tentang peranan SDG dalam pengurusan pejabat dan kelestarian alam sekitar, tetapi juga berfungsi sebagai platform pembangunan diri. Melalui sesi ini, staf sokongan berpeluang mengasah kemahiran komunikasi serta meningkatkan keyakinan diri untuk berinteraksi di khalayak umum.

    Pendekatan latihan yang dikendalikan secara dalaman ini mencerminkan komitmen IPSC dalam membudayakan perkongsian ilmu dan meningkatkan kapasiti warga kerja melalui sokongan rakan sekerja. Dengan pendedahan ini, IPSC berharap agar semua staf, khususnya sokongan, dapat mengaplikasikan nilai SDG secara berkesan dalam tugasan harian, sekali gus menyokong usaha universiti ke arah pengurusan lestari dan persekitaran kerja yang harmoni.


    Program Penanaman Pokok Hijau di Pejabat Menggunakan Bekas Kitar Semula

    Program penanaman pokok hijau di pejabat menggunakan bekas kitar semula memberikan banyak manfaat kepada persekitaran dan kesejahteraan pekerja. Program ini menyokong SDG 11 dengan menjadikan pejabat lebih hijau, mengurangkan pencemaran udara, serta meningkatkan kesejahteraan mental pekerja. Selain itu, ia menggalakkan SDG 12 kerana penggunaan semula bekas terpakai seperti botol plastik dan tin dapat mengurangkan jumlah sisa buangan.

    Dari perspektif alam sekitar, program ini menyumbang kepada SDG 13 dengan meningkatkan penyerapan karbon dioksida melalui fotosintesis, seterusnya membantu mengurangkan kesan perubahan iklim. Pokok juga berperanan menstabilkan suhu dalam pejabat, mengurangkan keperluan penghawa dingin dan penggunaan tenaga.

    Secara keseluruhan, inisiatif ini bukan sahaja menggalakkan budaya kerja yang lebih hijau tetapi juga menyokong matlamat pembangunan mampan dengan cara yang praktikal dan mudah dilaksanakan.


      Universiti Sains Malaysia (USM): Commitment to Environmental Sustainability

      Universiti Sains Malaysia (USM), through its School of Educational Studies, developed and implemented a comprehensive Sustainable Development Survey to assess students’ knowledge, attitudes, and practices related to environmental sustainability. This initiative evaluates an institution’s strategy and demonstrated commitment toward a sustainable future. The survey, distributed to undergraduates and postgraduates students across various faculties, explores key dimensions such as water and energy conservation, waste reduction, climate change awareness, social equity, and responsible economic understanding.
      Findings from the student responses revealed a high level of awareness and positive attitudes toward sustainability. Most students agreed on the importance of environmental protection, renewable energy use, climate action, and equitable access to education and resources. However, some gaps were identified, particularly in practical engagement such as low participation in cycling or walking to campus and limited involvement in environmental organizations. These insights reflect a developing but promising sustainability culture among the student population.
      This initiative demonstrates USM’s proactive strategy to embed environmental sustainability into its institutional operations, culture, and educational goals. By collecting data from students, USM not only promotes sustainable behaviors on campus but also supports evidence-based planning. The university’s use of this tool signifies a strong governance approach and a long-term vision for fostering a green and responsible academic community.

      Note: *This survey is subjected to Intellectual Property Right.


      Penglibatan Staf dalam Green Citizen: Menyemarakkan Budaya Kelestarian di IPSC

      Penglibatan sebagai ahli Green Citizen di bawah Penang Green Council merupakan satu langkah bermakna bagi staf IPSC dalam merealisasikan komitmen terhadap kelestarian sejajar dengan visi dan misi universiti sebagai peneraju kelestarian global. Program ini mendidik dan menggalakkan individu untuk mengamalkan gaya hidup mesra alam secara berterusan, sekaligus menyumbang ke arah pembangunan mampan.

      IPSC secara aktif menggalakkan penglibatan staf dengan NGO atau persatuan yang berkaitan kelestarian seperti Penang Green Council, selaras dengan pendekatan seluruh institusi dalam merangka dan melaksanakan pelan tindakan kelestarian. Penyertaan dalam Green Citizen membolehkan staf terlibat secara langsung dalam aktiviti pendidikan alam sekitar, pengasingan sisa, penjimatan sumber, serta inisiatif komuniti hijau, sekali gus mengintegrasikan prinsip kelestarian dalam operasi harian serta pembelajaran tidak formal.

      Inisiatif ini juga memupuk budaya kelestarian dalam kalangan warga kampus, yang berupaya mempertingkat kesejahteraan masyarakat melalui tindakan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Penyertaan ini secara langsung menyokong Matlamat Pembangunan Mampan SDG11 (Bandar dan Komuniti Mampan), SDG12 (Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab), dan SDG13 (Tindakan Terhadap Perubahan Iklim).

      Sehingga kini, tiga orang staf IPSC telah berjaya mendaftar sebagai ahli Green Citizen, dan diharapkan lebih ramai staf akan mengambil peluang ini untuk bersama-sama memperkukuh peranan IPSC dalam USM sebagai jabatan berorientasikan kelestarian yang holistik dan inklusif.

      Keahlian GC Ain Sustainability

      Keahlian GC Atirah Sustainability

      Keahlian GC Sida Sustainability


      2024


      Memasang pelekat peringatan pada suis lampu, perkakasan elektrik, mesin pencetak, pili air dan lain-lain yang bertujuan untuk menggalakkan amalan hijau di pejabat. Set pelekat tersebut telah dibekalkan oleh BJIM USM.

      Padamkan Komputer Bila Tidak Digunakan

      Tingkatkan Kecekapan Tenaga

      Cetak Apa Yang Diperlukan Sahaja

      Cetak Depan dan Belakang Kertas

      Kurangkan Penggunaan Sumber

      Padamkan Lampu Selepas Digunakan

      Tingkatkan Kecekapan Tenaga

      Gunakan Air Mengikut Keperluan

      Jimatkan Penggunaan Air

      Laraskan Suhu Penyaman Udara Kepada 24℃

      Tingkatkan Kecekapan Tenaga

      Gunakan Pencahayaan Semulajadi

      Tingkatkan Kecekapan Tenaga


        Laporan Kebocoran Air

        • Encik Mohamad Yusri bin Jaafar telah melaporkan kebocoran air di luar Bangunan C03. Aduan telah dibuat pada 9 Januari 2024.
        • Kerja-kerja pembaikan paip pecah telah selesai selang beberapa hari.

        Graf Penggunaan Tenaga Elektrik bagi Tahun 2024

        2023


        Aktiviti Gotong-royong

        "Cari & Musnah"

        ‘Cari dan Musnah’ merupakan tema bagi Gotong Royong Perdana Universiti Sains Malaysia telah berlangsung pada 31 Mei 2023 (Rabu) yang lalu. IPSC turut mengambil bahagian untuk menjayakan program ini bersama-sama seluruh kakitangan membersihkan kawasan persekitaran bangunan, membersihkan longkang, dan memastikan tiada objek takungan air yang membolehkan pembiakan nyamuk Aedes di sekitar Bangunan C03.

        "Cari & Musnah"

        Gotong-royong Perdana USM

        "Cari & Musnah"

        Gotong-royong Perdana USM

        "Cari & Musnah"

        Gotong-royong Perdana USM

        "Cari & Musnah"

        Gotong-royong Perdana USM

        "Cari & Musnah"

        Gotong-royong Perdana USM

        "Cari & Musnah"

        Gotong-royong Perdana USM

        Graf Penggunaan Tenaga Elektrik bagi Tahun 2023

        2022


        Sisa pepejal pejabat telah berjaya dikumpulkan sehingga Disember 2022 bagi tujuan kitar semula.
        Sejumlah 135.7kg dapat dikumpulkan.

        Pengasingan sisa pepejal pejabat.

        110.6 kg

        Shredding paper documents

        25.1 kg

        Kotak, fail kulit keras, buku


        Turut membantu:

        1. Puan Farhana Syamimi Binti Abdull Rahman
        2. Puan Siti Haida Binti Idris
        3. Puan Nor Shazwani Nadhirah Binti Shamsuddin
        4. Encik Wan Muhamad Nizamuddin Bin Wan Ahmad
        5. Puan Norhana Binti Abd Aziz

        2020


        Sisa pepejal pejabat telah berjaya dikumpulkan sehingga Oktober 2020 bagi tujuan kitar semula.

        Tiada data direkodkan mengikut pecahan (kertas, kotak, fail kertas keras, buku dan katrij pencetak).
        Berat keseluruhan dianggarkan = 180kg.

        2019


        Ada aktiviti pengumpulan kertas dan salinan buku yang tidak lagi digunakan untuk tujuan kitar semula tetapi tiada data direkodkan.