Skip to main content

Seksyen Reputasi & Kedudukan Global


Cik Nor Sida Che Nayan

Ketua Seksyen

Pegawai Tadbir N10

Encik Mohamad Yusri Jaafar

Penolong Pegawai Tadbir Kanan N6

Puan Nurul Huda Abdullah

Pembantu Tadbir N1

Skop Tugas & Peranan


Seksyen Reputasi dan Kedudukan Global bertanggungjawab merancang, menyelaras dan memacu strategi peningkatan kedudukan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam penarafan antarabangsa. Seksyen ini berperanan sebagai pusat rujukan institusi bagi semua penarafan global utama, termasuk QS World University Rankings, Times Higher Education (THE) Rankings, AppliedHE Rankings dan Healthy University Rating System (HURS).

Seksyen ini juga bertanggungjawab menjalankan analisis prestasi penarafan, penyediaan dan pengesahan data institusi, simulasi senario penarafan, serta menyediakan laporan strategik dan cadangan berimpak tinggi kepada pengurusan tertinggi. Di samping itu, seksyen ini membimbing Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam merangka strategi berfokus penarafan agar sejajar dengan pelan strategik universiti dan aspirasi global USM


A. Perancangan & Tadbir Urus Strategik Penarafan Antarabangsa

  • Merangka, menyelaras dan mengemaskini pelan strategik penarafan antarabangsa USM bagi jangka pendek dan jangka panjang, selaras dengan pelan strategik universiti dan agenda global pendidikan tinggi.
  • Membangunkan kerangka strategi dan analisis berasaskan metodologi, penentuan dan pemberat penarafan utama (QS, THE, AppliedHE, HURS) bagi mengenal pasti kekuatan, jurang prestasi dan keutamaan penambahbaikan.

B. Analitik Prestasi, Pemodelan & Pelaporan Strategik

  • Menganalisis pencapaian dan kedudukan USM dalam penarafan antarabangsa utama di peringkat nasional, serantau dan global.
  • Menjalankan simulasi dan pemodelan senario untuk menilai kesan perubahan data dan inisiatif strategik terhadap kedudukan penarafan, serta menyediakan laporan trend, risiko dan peluang untuk pertimbangan pengurusan tertinggi.

C. Pengurusan Data, Penyelarasan Institusi & Hubungan Penarafan

  • Menyelaras pengumpulan, pengesahan, penyediaan dan penghantaran data penarafan universiti secara berpusat.
  • Menjadi sebagai pusat rujukan institusi bagi komunikasi dan pengurusan hubungan strategik dengan badan penarafan antarabangsa.
  • Membimbing dan menyokong PTJ dalam merangka serta melaksanakan pelan tindakan berasaskan indikator penarafan.