Seksyen Pengurusan Data ICT
Ts. Siti Anurra Ishak
Pegawai Teknologi Maklumat F12
Cik Tan Chin Chin
Pegawai Tadbir N9
Puan Nuratirah Shahidan
Pegawai Tadbir (Kontrak) N9
Puan Rozy Manan
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA7
Puan Fathem Hamamah Mohd Idris
Pembantu Tadbir N2
Puan Farhana Syamimi Abdull Rahman
Pembantu Tadbir N1
Skop Tugas & Peranan
Seksyen Pengurusan Data ICT bertanggungjawab menyelaras pengurusan data universiti serta mengurus keperluan ICT bagi menyokong pelaporan strategik, analitik dan perkongsian data Universiti Sains Malaysia melalui IDMS – One SMART Data Centre.
Seksyen ini berperanan sebagai pemudah cara strategik dalam memastikan data universiti diurus secara bersepadu, berkualiti dan menyokong pembuatan keputusan berasaskan data.
A. Pengurusan & Penyelarasan Data
- Menyelaras penyediaan, integrasi dan penggunaan data strategik universiti daripada pangkalan data utama universiti
- Bertindak sebagai pusat rujukan dan penyelaras data antara IPSC dan Pusat Tanggungjawab (PTJ)
- Mengurus tadbir urus data universiti termasuk standard data, definisi, metadata dan kualiti data
- Menyokong keperluan pelaporan rasmi universiti kepada pihak berkepentingan dalaman dan luaran
B. Pengurusan ICT & Sistem Data
- Mengurus dan menyelenggara sistem data dan aplikasi di bawah seliaan IPSC
- Menyokong pembangunan, integrasi dan pengoperasian IDMS – One SMART Data Centre
- Menyelaras integrasi data antara sistem dalaman universiti dan platform pelaporan
- Memastikan keselamatan, kebolehcapaian dan kebolehpercayaan sistem dan data
- Bekerjasama dengan PTJ lain berkaitan dalam aspek infrastruktur, keselamatan dan integrasi ICT
C. Sokongan Strategik
Menyokong inisiatif transformasi digital universiti berasaskan data dan menyokong keperluan data bagi perancangan strategik dan pembuatan keputusan pengurusan universiti berasaskan data.