Skip to main content

Pusat Perancangan Institusi
dan Strategik

Pusat Perancangan Institusi dan Strategik atau Institutional Planning and Strategic Centre (IPSC) berfungsi sebagai unit risikan universiti, melaksanakan perancangan operasi dan senario masa hadapan Universiti, menyediakan kerangka perancangan strategik dan memantau, menilai dan melaporkan prestasi dan pencapaian PTJ.

    Aluan Pengarah


    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

    Selamat datang ke laman rasmi Pusat Perancangan Institusi dan Strategik (IPSC), Universiti Sains Malaysia (USM). IPSC merupakan pusat strategik universiti yang memainkan peranan penting dalam menyokong perancangan holistik dan tadbir urus berkesan USM sebagai sebuah universiti APEX. Institut ini ditubuhkan bagi memperkukuh struktur pengurusan strategik dan membolehkan universiti membuat keputusan berdasarkan data dan bukti yang kukuh, selaras dengan aspirasi USM untuk terus unggul di peringkat global.

    Sebagai penggerak utama dalam perancangan strategik universiti, IPSC bertanggungjawab merangka, menyelaras, dan memantau pelaksanaan dasar dan hala tuju strategik universiti melalui integrasi pelbagai sumber data dan maklumat prestasi. Peranan kami turut merangkumi penyelarasan pelan strategik institusi, analisis dan visualisasi data, pengurusan penarafan dan penanda aras serta penyediaan laporan strategik kepada pihak pengurusan tertinggi universiti. Melalui pendekatan bersepadu ini, IPSC berupaya menyokong universiti dalam merancang masa depan dengan lebih mampan dan berpandangan jauh.

    Empat teras utama menggerakkan operasi IPSC, iaitu Seksyen Data Analitik dan Strategi yang menumpukan kepada pembangunan dan pemantauan pelan strategik serta laporan prestasi institusi, Seksyen Pengurusan Data yang menyediakan analitik data serta sokongan dalam pelaporan berasaskan bukti, Seksyen ICT yang menyokong pembangunan serta penyelenggaraan sistem maklumat prestasi dan penarafan serta Seksyen Pengurusan Risiko dan Pentadbiran yang bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan pengurusan risiko institusi serta mengurus hal ehwal pentadbiran harian IPSC.

    Sebagai Pengarah IPSC, saya percaya bahawa budaya berasaskan data, pemikiran strategik, dan kerjasama rentas pusat tanggungjawab (PTJ) adalah asas yang kukuh untuk melonjakkan kecemerlangan universiti dalam era transformasi digital dan globalisasi pendidikan tinggi. Selaras dengan visi IPSC iaitu “Mentransformasi Universiti Hijau untuk Kelestrian Pendidikan Tinggi Hari Esok” dan misinya untuk memacu kecemerlangan dan daya saing universiti melalui pengkorporatan, penginovasian, perkongsian pintar, pengintegritian maklumat, penekanan kualiti, pembangunan lestari dan kesejahteraan selaras dengan hasrat, dan hala tuju USM.

    Sekian, terima kasih.

    Profesor. Dr. Saidatulakmal Mohd
    Pengarah
    Pusat Perancangan Institusi dan Strategik (IPSC)
    Universiti Sains Malaysia

    HEBAHAN

    21, 26 & 28 Ogos 2026
    Sesi Perjumpaan Timbalan Naib Canselor (R&I) & Pengarah IPSC Bersama Ketua Jabatan Untuk Penilaian KPI PTJ Bagi Tempoh Jan-Jun 2026

    1&2 Septermber 2026
    Sesi Perbincangan Susulan USM 2035 Bersama Jawatankuasa Strategik Universiti

    3,4 & 7 September 2026
    Sesi Perjumpaan Timbalan Naib Canselor (P&I) & Pengarah IPSC Bersama Ketua Jabatan Untuk Penilaian KPI PTJ Bagi Tempoh Jan-Jun 2026

    25 Septermber 2026
    Lawatan Penanda Aras Deligasi Universiti Utara Malaysia (UUM) ke IPSC

        Pencapaian USM



        Penarafan Antarabangsa


        • =76
          QSWUR Ranking by Subject

          PHARMACY & PHARMACOLOGY

        • =89
          QSWUR Ranking by Subject

          EDUCATION & TRAINING

        101–150

        QSWUR Ranking by Subject

          1. English Language & Literature
          2. Theology, Divinity & Religious Studies
          3. Architecture & Built Environment
          4. Engineering – Chemical

            


        Semakan dan Kemaskini : 3 Julai 2024