Skip to main content

PENYERAHAN CENDERAHATI PENGHARGAAN KEPADA STAF BERTUKAR JABATAN

10 Disember 2025 – Satu majlis ringkas penyerahan cenderahati telah diadakan sebagai tanda penghargaan kepada Encik Azwan Abdullah sempena pertukaran beliau ke jabatan baharu.

Majlis ini diadakan bagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen, dedikasi serta sumbangan berterusan yang telah diberikan oleh Encik Azwan Abdullah sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di Pusat Perancangan Institusi dan Strategik.

Penyerahan cenderahati ini mencerminkan penghargaan dan penghormatan staf IPSC terhadap jasa beliau di samping mendoakan kejayaan dan kecemerlangan berterusan dalam menjalankan amanah serta tanggungjawab di penempatan baharu.


TEKS: NURUL HUDA ABDULLAH
9 JANUARI 2026