Skip to main content

LATIHAN KAWAD KEBAKARAN IPSC TAHUN 2025

16 Disember 2025 – Pusat Perancangan Institusi dan Strategik (IPSC) telah berjaya melaksanakan Latihan Kawad Kebakaran kali kedua sebagai usaha meningkatkan tahap keselamatan dan kesiapsiagaan warga kerja menghadapi situasi kecemasan.

Latihan yang dikendalikan oleh Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) ini melibatkan simulasi kebakaran dan pemindahan bangunan ke kawasan selamat di Tapak Parkir Dewan Persidangan Universiti (DPU). Semua staf telah mengikuti prosedur dan laluan kecemasan yang ditetapkan.

Latihan ini turut mendapat kerjasama Jabatan Keselamatan USM, termasuk taklimat keselamatan. IPSC berjaya mencapai masa berkumpul hanya 2 minit, sekali gus mematuhi piawaian SOP yang ditetapkan.

IPSC komited untuk terus melaksanakan latihan keselamatan secara berkala demi mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan bersedia menghadapi kecemasan.


TEKS: TS. DR. MOHAMED AZLAN ASHAARI
8 JANUARI 2026