Skip to main content

BENGKEL STRATEGIK DAN HALATUJU USM 2026

Pusat Perancangan Institusi dan Strategik (IPSC) telah menganjurkan Bengkel Strategik dan Halatuju USM 2026 pada Khamis, 8 Januari 2026, bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan Canselori 2, bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Bengkel ini menghimpunkan barisan pengurusan tertinggi universiti, ketua-ketua pusat tanggungjawab serta pemegang taruh utama bagi membincangkan hala tuju strategik USM menjelang tahun 2026. Program ini bertujuan memperkukuh perancangan strategik universiti agar selari dengan aspirasi nasional, keperluan global serta cabaran landskap pendidikan tinggi yang semakin dinamik.

Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta terlibat secara aktif dalam sesi pembentangan, perbincangan kumpulan dan perkongsian idea strategik yang memfokuskan kepada pemerkasaan tadbir urus, kecemerlangan akademik dan penyelidikan, kelestarian kewangan, serta pembangunan bakat dan inovasi.

Penganjuran bengkel ini oleh IPSC mencerminkan komitmen berterusan USM dalam memastikan setiap perancangan dan pelaksanaan strategik dibuat secara inklusif, berfokus dan berimpak tinggi demi memperkukuh kedudukan universiti sebagai institusi pendidikan tinggi terkemuka di peringkat nasional dan antarabangsa.


TEKS: TS. DR. MOHAMED AZLAN ASHAARI
8 JANUARI 2026