BENGKEL PENGURUSAN RISIKO USM
13 November 2024 - Pusat Perancangan Institusi dan Strategik (IPSC), USM telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Risiko USM yang diadakan di Bilik Mesyuarat 1, Bangunan Canselori II. Bengkel yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari ini dipengerusikan oleh Profesor Dr. Hooy Chee Wooi, Timbalan Pengarah IPSC, dan dihadiri oleh hampir 20 kakitangan dari PTJ di USM.
Fokus utama bengkel ini adalah memperkenalkan konsep dan kepentingan pengurusan risiko kepada PTJ dalam Kelompok Sastera. Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk pemurnian borang pengurusan risiko untuk kegunaan seragam di seluruh PTJ USM serta pengenalan kepada SOP Pengurusan Risiko universiti.
IPSC turut merancang untuk mengadakan pelbagai sesi latihan dan kursus berkaitan pengurusan risiko pada tahun hadapan, dengan tujuan memperkasa PTJ dalam menghadapi pelbagai situasi risiko dan meningkatkan daya saing PTJ.
BENGKEL PENGURUSAN RISIKO
Risk 1
Risk 2
Risk 3
Risk 4
Risk 5
Risk 6
Risk 7
Risk 8
Risk 9
Risk 10
Risk 11
Risk 12
Risk 13
Risk 16