Skip to main content

Makmal Pemurnian Pelan Tindakan Universiti Berimpak Tinggi 2024

Universiti Sains Malaysia melalui Pusat Perancangan Institusi dan Strategik telah mengadakan Makmal Pemurnian Pelan Tindakan Universiti Berimpak Tinggi 2024 pada 19 Julai 2024, Jumaat bertempat di Dewan Bankuet, Canselori II. Semua Kumpulan Pengurusan tertinggi terlibat menyertai makmal tersebut.

Antara objektif makmal ini diadakan ialah mengenal pasti inisiatif strategik berimpak tinggi yang berupaya menjadikan pelan tindakan 2024 setiap bahagian berimpak tinggi tersebut sebagai game changer kepada prestasi Universiti 2024. Selain daripada itu ia juga bermatlamat untuk menambahbaik perancangan Universiti bagi mewujudkan Pelan Tindakan yang lebih mantap selari dengan kehendak Universiti. Selain itu juga makmal ini dapat memantau keberkesanan pelaksanaan aktiviti yang dirancang melalui Pelan Tindakan 2023 dengan menambahkan lagi cara pelaksanaan yang berimpak tinggi.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, YBrs. Profesor Dr. Habibah A Wahab, YBrs. Profesor Dr. Azlan Amran, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Aldrin Abdullah, Penasihat Pelan Strategik USM, YBrs. Profesor Dr. Asrul Akmal Shafie, Pengarah IPSC, YBrs. Profesor Dr. Hooy Chee Wooi, Timbalan Pengarah IPSC dan Pengurusan-Pengurusan Tertinggi Universiti.


Nurul Huda Abdullah
22 Julai 2024