𝗪𝗔𝗟𝗞 & 𝗧𝗔𝗟𝗞 𝗧𝗛𝗘𝗥𝗔𝗣𝗬 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗠𝗜𝗡𝗚𝗚𝗨 𝗞𝗘𝗟𝗘𝗦𝗧𝗔𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗨𝗦𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟱
18 September 2025 – Pusat Perancangan Institusi dan Strategik (IPSC) telah menganjurkan program Walk & Talk Therapy bersempena Minggu Kelestarian USM 2025. Program ini berlangsung dari jam 5.00 petang hingga 6.00 petang, melibatkan laluan bermula dari IPSC – ECO Hub – Rumah Tetamu – Anjung Jannatun dan berakhir semula di IPSC.
Penganjuran Walk & Talk Therapy ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental dan fizikal, di samping menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga staf IPSC. Selain itu, ia turut menjadi ruang komunikasi terbuka dan sokongan emosi yang dapat memupuk hubungan yang lebih erat antara staf.
Program ini juga selaras dengan usaha menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 3: Kesihatan Baik & Kesejahteraan, SDG 11: Bandar & Komuniti Lestari, dan SDG 13: Tindakan Iklim.
Kehadiran serta penyertaan staf amat dialu-alukan dalam menjayakan program ini, sekaligus menyemarakkan budaya hidup sihat dan lestari di USM.