Pusat Perancangan Institusi
dan Strategik
Pusat Perancangan Institusi dan Strategik atau Institutional Planning and Strategic Centre (IPSC) berfungsi sebagai unit risikan universiti, melaksanakan perancangan operasi dan senario masa hadapan Universiti, menyediakan kerangka perancangan strategik dan memantau, menilai dan melaporkan prestasi dan pencapaian PTJ.
Aluan Pengarah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Selamat datang ke laman rasmi Pusat Perancangan Institusi dan Strategik (IPSC), Universiti Sains Malaysia (USM). IPSC merupakan pusat strategik universiti yang memainkan peranan penting dalam menyokong perancangan holistik dan tadbir urus berkesan USM sebagai sebuah universiti APEX. Institut ini ditubuhkan bagi memperkukuh struktur pengurusan strategik dan membolehkan universiti membuat keputusan berdasarkan data dan bukti yang kukuh, selaras dengan aspirasi USM untuk terus unggul di peringkat global.
Sebagai penggerak utama dalam perancangan strategik universiti, IPSC bertanggungjawab merangka, menyelaras, dan memantau pelaksanaan dasar dan hala tuju strategik universiti melalui integrasi pelbagai sumber data dan maklumat prestasi. Peranan kami turut merangkumi penyelarasan pelan strategik institusi, analisis dan visualisasi data, pengurusan penarafan dan penanda aras serta penyediaan laporan strategik kepada pihak pengurusan tertinggi universiti. Melalui pendekatan bersepadu ini, IPSC berupaya menyokong universiti dalam merancang masa depan dengan lebih mampan dan berpandangan jauh.
Empat teras utama menggerakkan operasi IPSC, iaitu Seksyen Data Analitik dan Strategi yang menumpukan kepada pembangunan dan pemantauan pelan strategik serta laporan prestasi institusi, Seksyen Pengurusan Data yang menyediakan analitik data serta sokongan dalam pelaporan berasaskan bukti, Seksyen ICT yang menyokong pembangunan serta penyelenggaraan sistem maklumat prestasi dan penarafan serta Seksyen Pengurusan Risiko dan Pentadbiran yang bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan pengurusan risiko institusi serta mengurus hal ehwal pentadbiran harian IPSC.
Sebagai Pengarah IPSC, saya percaya bahawa budaya berasaskan data, pemikiran strategik, dan kerjasama rentas pusat tanggungjawab (PTJ) adalah asas yang kukuh untuk melonjakkan kecemerlangan universiti dalam era transformasi digital dan globalisasi pendidikan tinggi. Selaras dengan visi IPSC iaitu โMentransformasi Universiti Hijau untuk Kelestrian Pendidikan Tinggi Hari Esokโ dan misinya untuk memacu kecemerlangan dan daya saing universiti melalui pengkorporatan, penginovasian, perkongsian pintar, pengintegritian maklumat, penekanan kualiti, pembangunan lestari dan kesejahteraan selaras dengan hasrat, dan hala tuju USM.
Sekian, terima kasih.
Profesor. Dr. Saidatulakmal Mohd
Pengarah
Pusat Perancangan Institusi dan Strategik (IPSC)
Universiti Sains Malaysia
Beritaย &ย Aktiviti
Pencapaian USM
Penarafan Antarabangsa
-
=76QSWUR Ranking by Subject
PHARMACY & PHARMACOLOGY
-
=89QSWUR Ranking by Subject
EDUCATION & TRAINING
101โ150
QSWUR Ranking by Subject
-
- English Language & Literature
- Theology, Divinity & Religious Studies
- Architecture & Built Environment
- Engineering โ Chemical
ย ย ย
Semakan dan Kemaskini : 3 Julai 2024