Skip to main content

Menyemai Ikatan Ukhwah Melalui Majlis Berbuka Puasa Bersama Staf IPSC

Nikmat Ramadhan itu lebih terasa apabila ia dikongsi bersama. Pusat Perancangan Institusi dan Strategik telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada 2 April 2024 (Selasa) bertempat di Mona Ikan Bakar, Bayan Lepas yang dimeriahkan dengan kehadiran Staf bersama ahli keluarga. Majlis yang bermula pada jam 6.30 petang ini dihadiri oleh 22 orang; 11 orang staf dan 11 orang ahli keluarga.

Majlis ini bukan sahaja dapat mengumpulkan warga staf IPSC untuk berbuka puasa secara kolektif malah ia dapat mengeratkan lagi Ikatan Ukhwah serta meningkatkan kemesraan hubungan kekeluargaan sesama Staf IPSC.


Nurul Huda Abdullah (IPSC)
3 April 2024