Skip to main content

PENGAUDITAN MYRA PTJ

KPI PTJ


Pengenalan

Petunjuk pencapaian Indeks KPI PTJ merupakan suatu inisiatif strategik yang diambil oleh Universiti untuk meningkatkan prestasi dalam empat dimensi kecemerlangan seperti berikut:

  • Kecemerlangan Akademik (Academic Excellence)
  • Kecemerlangan Penyelidikan (Research Excellence)
  • Kecemerlangan Perkhidmatan (Service Excellence)
  • Kecemerlangan Kewangan (Financial Excellence)

Sistem KPI PTJ diperkenalkan pada tahun 2022 dan sejak itu telah ditambahbaik untuk membolehkan 43 Pusat Pengajian/Kecemerlangan Penyelidikan di USM mengukur pencapaian PTJ masing-masing dalam keunggulan institusi, pengurusan kapasiti dan keberkesanan perlaksanaan strategi. Terdapat 102 indikator KPI PTJ pada Kad KPI PTJ, merangkumi setiap dimensi kecemerlangan tersebut.

IPSC bertanggungjawab menyelaras pengurusan data, kualiti data serta menjalankan analisa pencapaian KPI PTJ bagi Universiti menerusi kerjasama PTJ dan PTJ Pentadbiran Pusat.


Hirearki KPI

HIERARKI KPI

Perletakan Sasaran Pencapaian KPI PTJ Tahun Dinilai oleh PTJ

Pusat Pengajian/Kecemerlangan Penyelidikan perlu menetapkan sasaran tahunan bagi pencapaian setiap indikator pada kesemua 4 Dimensi Kecemerlangan berdasarkan pencapaian kumulatif tahun sebelumnya. Sasaran yang telah dipersetujui dan diperakui oleh Naib Canselor akan diturunkan melalui Kad KPI PTJ.


Kekerapan Proses Pemantauan dan  Pelaporan

Pencapaian KPI dipantau dan dilaporkan sebanyak 2 kali bagi tahun semasa yang dinilai melalui Kad KPI PTJ, iaitu pencapaian pada suku tahun ke-2 (data Januari sehingga Jun tahun semasa yang dinilai) dan suku tahun ke-4 (data kumulatif Januari sehingga Disember tahun semasa yang dinilai). Proses pelaporan diselaraskan oleh IPSC.

 

Makluman Awal kepada PTJ

COD Maklumat Pencapaian

Aktiviti Pelaporan Pencapaian melalui Kad KPI

Penetapan Sasaran tahun yang dinilai

Oktober/November (tahun dinilai)

-

Minggu pertama Januari (tahun dinilai)

Pelaporan Suku Tahun ke-2 bagi tahun yang dinilai

Mei (tahun dinilai)

30 Jun (tahun dinilai)

Minggu pertama Julai (tahun dinilai)

Pelaporan Suku Tahun ke-4 (kumulatif) bagi tahun yang dinilai

November (tahun dinilai)

31 Disember (tahun dinilai)

Minggu pertama Januari tahun berikutnya

PTJ akan melaporkan pencapaian bagi indikator yang mana sumber maklumat adalah daripada PTJ sendiri manakala IPSC akan menyelaras pelaporan pencapaian indikator bagi maklumat bersumberkan PTJ Pentadbiran Pusat. PTJ diberikan peluang untuk meneliti dan menambahbaik pencapaian dengan syarat ianya disokong oleh bukti.

Program intervensi akan dilaksanakan bagi PTJ yang tidak mencapai sasaran tahunan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Analyst, Puan Nur Atiqah Abd. Rahim di sambungan 4172 / Ketua Penolong Pendaftar Cik Hani Soraya di sambungan 6392

Dikemaskini : 6 Mac 2024