Skip to main content

SEKSYEN STRATEGI & PERANCANGAN

Seksyen ini bertanggungjawab dalam aktiviti perancangan strategik dan pemantauan prestasi Universiti di samping menjalankan analisa bagi projek-projek khas. Seksyen ini juga menyediakan maklumat kekuatan dan kelemahan PTJ dalam konteks pencapaian KPI serta membimbing PTJ untuk membina strategi dalam mencapai KPI universiti supaya sejajar dengan Pelan Strategik Universiti.


Pemantauan Strategik & Analisa


Unit ini bertanggungjawab untuk:

01
Integrasi aktiviti perancangan dan pelaksanaan

Memastikan integrasi aktiviti perancangan dan pelaksanaan di semua peringkat di seluruh institusi dan penilaian impak Pengurusan Perancangan Pelan Strategik dan Pelan Tindakan Universiti.

02
Analisis dan sokongan dasar

Menyediakan analisis dan sokongan dasar untuk pengembangan dan tinjauan strategi Universiti misalnya, melalui perancangan senario dan analisis pilihan.

03
Kerangka perancangan, analisa dan penetapan sasaran KPI

Menyediakan kerangka perancangan, analisa dan penetapan sasaran KPI bersama-sama pengurusan tertinggi USM.

04
Pelaporan petunjuk prestas

Mengeluarkan pelaporan petunjuk prestasi tahunan dan laporan prestasi suku tahunan dan penyediaan profile review prestasi PTJ.

05
Memodelkan dan penilaian prestasi

Memodelkan trajektori prestasi masa depan dan menyediakan penilaian impak yang lengkap.

06
Pelaporan Pencapaian Prestasi Kerangka Keberhasilan

Menyelaras dan menyediakan Pelaporan Pencapaian Prestasi Kerangka Keberhasilan OBB USM (KPT) pada setiap suku tahun semasa bagi Program 2 (Operasi Pendidikan Tinggi), Aktiviti 3 (Universiti Sains Malaysia).

07
Pelaporan Pencapaian Prestasi Cabutan Dasar Pelan Rancangan Malaysia

Menyelaras dan menyediakan Pelaporan Pencapaian Prestasi Cabutan Dasar Pelan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) KPT pada setiap suku tahun semasa bagi Bab 10 (Bakat Masa Hadapan) terutamanya bagi Universiti Sains Malaysia.

Perancangan

Strategi

Data

Analisis

Kerangka

Pelaporan

Cik Hani Soraya Ahmad

Ketua Penolong Pendaftar

Ketua Seksyen

MBA (UUM)
B.App.Sc (Hons) (Analytical Chemistry) (USM)

Pn. Nur Atiqah Abdul Rahim

Analyst

Ketua Unit

M.Sc (Statistics) (USM) 
B.Sc (Hons) (Statistics) (UiTM)

En. Wan Muhamad Nizamuddin Wan Ahmad

Pembantu Tadbir (perkeranian/operasi)