Skip to main content

Mengenai Kami


Pengenalan

Pusat Perancangan Institusi & Strategik atau Institutional Planning and Strategic Centre (IPSC) telah secara rasminya diluluskan penubuhannya di Universiti Sains Malaysia di bawah seksyen 13 Perlembagaan Universiti Sains Malaysia sebagai satu pusat perkhidmatan Universiti pada 2 Januari 2019.

Terma Tanggungjawab IPSC telah ditetapkan oleh Universiti seperti berikut:

01

Berfungsi sebagai Unit Risikan Universiti (to serve as University Intelligence Agency)

02

Melaksanakan perancangan operasi dan scenario masa hadapan Universiti (To perform operational and future scenario planning)

03

Menyediakan kerangka perancangan strategik (To provide strategic planning framework)

04

Memantau dan menilai output dan keberhasilan (to monitor and evaluate the outputs and outcomes)

IPSC merupakan penyelaras pada peringkat  Universiti bagi pengurusan kualiti data bagi sistem penilaian penarafan dan pengauditan pada peringkat nasional terutamanya Pengauditan Universiti Penyelidikan (MyRA) dan antarabangsa, di samping bertindak menyediakan analisa strategik pencapaian Universiti dan perancangan strategi bagi mendorong pembuatan keputusan yang berkesan oleh Pengurusan tertinggi Universiti. IPSC juga berperanan besar dalam membangunkan dan  memantau KPI PTJ dalam 4 Dimensi kecemerlangan Universiti iaitu Kecemerlangan Akademik, Kecemerlangan Penyelidikan, Kecemerlangan Perkhidmatan dan Kecemerlangan Kewangan. Bertanggungjawab dalam pembangunan dan pemantauan Pelan Strategik USM. IPSC turut merupakan Sekretariat bagi JK Pemandu APEX Universiti. 3 Seksyen peneraju utama di IPSC adalah Seksyen Perancangan & Strategi, Seksyen Data Strategik dan Seksyen Sistem Pintar.

Seksyen Peneraju Utama

Seksyen Perancangan dan Strategi

Seksyen Data Strategik

Seksyen Sistem Pintar

Latar Belakang Penubuhan

Bermula sebagai Bahagian Pembangunan Korporat pada tahun 2000 sehingga kepada penubuhan Pusat Perancangan Institusi & Strategik (IPSC) pada tahun 2019, sejarah penubuhan IPSC merupakan satu evolusi tanggungjawab dan peranan yang dinamik sejajar dengan perkembangan Universiti sepanjang 2000 sehingga kini.



Universiti telah menubuhkan Bahagian Pembangunan Korporat pada Februari 2022 selari dengan keputusan Kerajaan untuk memperbadankan universiti-universiti awam pada tahun 1998 sebagai langkah untuk menubuhkan institusi yang berdikari sepenuhnya bagi mencapai pulangan maksimum daripada penggunaan optimum sumber-sumber yang dimiliki oleh Universiti.

BPK berfungsi sebagai salah satu bahagian di bawah Jabatan Canselori dengan matlamat menyediakan rangka kerja bagi menetapkan dasar, piawaian dan garis panduan serta memantau pelaksanaan yang akan memacu daya saing Universiti dalam dua aktiviti utama iaitu pendidikan dan penyelidikan.

Pada awal penubuhannya, Bahagian ini menjalankan tiga fungsi utama iaitu Pembangunan Strategik, Jaminan Kualiti dan Perkhidmatan Maklumat Eksekutif (EIS).

Pada tahun 2001, Naib Canselor YBhg. Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak telah mengilhamkan Kampus Sejahtera yang merupakan suatu konsep untuk seluruh warga kampus bersama-sama memberi sepenuh komitmen kepada Universiti. Sekretariat Kampus Sejahtera telah ditempatkan di bawah Bahagian ini. Pelbagai program yang menekankan aspek kesihatan dan pembangunan lestari telah dilaksanakan di sekitar kampus dengan kerjasama sekretariat ini.


Pada tahun 2005, Bahagian ini telah ditukarkan nama kepada Bahagian Pembangunan Lestari dan Korporat sebagai menyokong perlaksanaan inisiatif dalam program alam sekitar dan kelestarian, sejajar perlantikan USM sebagai peneraju Pusat Kepakaran Serantau Pulau Pinang. Pusat Kepakaran Serantau tersebut bertujuan memupuk kefahaman masyarakat tentang pembangunan lestari dengan memperkenalkan konsep kelestarian dalam pendidikan dan juga dalam proses pembuatan keputusan.

Pada tahun 2008 USM telah dipilih oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk melaksanakan Progam Pemacuan untuk Kecemerlangan (Accelerated Programme for Excellence – APEX). Bahagian ini telah bertindak sebagai sekretariat Jawatankuasa USM-APEX Pemandu untuk membantu memudahkan pengurusan dan pemantauan program-program di bawah 9 jawatankuasa kerja yang ditubuhkan untuk menjalankan projek-projek khas dalam kepekatan bakat, transformasi memupuk dan pembelajaran untuk mencapai sumber dan tadbir urus yang menyokong, serta perkhidmatan penyelidikan dan inovasi.


Pada permulaan tahun 2010, Bahagian ini telah ditukar nama kepada Bahagian Pembangunan Institusi (BPI) selari dengan perubahan fungsi kepada pembangunan institusi dan Universiti.

BPI telah memainkan peranan yang sangat penting dalam mengkoordinasikan pembangunan pelan strategik universiti demi peningkatan kecekapan staf,kecemerlangan sistem akademik, serta pemerkasaan struktur organisasi, peninjauan semula sistem pengurusan, penerapan teknologi pintar, dan penjagaan kualiti alam sekitar.

BPI juga telah membangunkan set petunjuk prestasi yang penting, serta mengumpul dan memproses data secara berkala untuk menghasilkan statistik yang berguna untuk membantu pembuatan keputusan oleh pengurusan tertinggi. Selain itu, data juga dikumpulkan untuk memantau pelaburan dalam modal insan sebagai sebahagian daripada bajet tahunan universiti.

BPI turut berperanan sebagai pusat Sekretariat USM untuk Petunjuk Prestasi Utama (KPI), bertanggungjawab dalam mengumpul dan menilai ketepatan serta kewibawaan data untuk tujuan pengauditan prestasi Universiti, termasuk MyRA, SETARA, MyMOHES, dan penarafan lain. Tambahan pula, BPI turut membantu dalam menyelaraskan dokumen-dokumen kerjasama antara universiti dengan pihak-pihak berkepentingan. Unit-unit di BPI termasuk Pentadbiran dan Pengoperasian, Pembangunan Strategik Institusi, Pengurusan Strategik Institusi, Pembangunan Sistem Data, dan Pengurusan Sistem Data.

2000

Bahagian Pembangunan Korporat (BPK)

2005

Bahagian Pembangunan Lestari dan Korporat (BPLK)

2010

Bahagian Pembangunan Institusi (BPI)

2019

Pusat Perancangan Institusi dan Strategik (IPSC)