Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA) merupakan eksesais penarafan universiti dan kolej universiti di Malaysia berdasarkan kualiti pengajaran dan pembelajaran pada tahap enam (Ijazah Sarjana Muda) Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysia Qualification Framework, MQF). Penarafan merupakan salah satu langkah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk membudayakan penambahbaikan kualiti berterusan yang melengkapi proses jaminan kualiti Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysia Qualification Agency, MQA).