Skip to main content

Aluan Pengarah


Pusat Perancangan Institusi dan Strategi (IPSC) ingin memastikan supaya penggubal dasar, pembuat keputusan dan warga kakitangan USM umumnya mempunyai maklumat yang tepat dan bermakna. Maklumat ini bukan sahaja perlu memenuhi piawaian badan-badan berwibawa, tetapi juga semasa.

Asrul Akmal Shafie

Dalam era pasca pandemik Covid-19, Universiti Sains Malaysia (USM) menghadapi pelbagai cabaran getir untuk mencapai visi dan wawasan yang dikehendaki. Wabak Covid-19 ini bukan sahaja telah menyebabkan kita kehilangan sebilangan kakitangan yang berkemahiran dan berpengalaman, tetapi juga memberi kesan terhadap produktiviti akibat perubahan mendadak terhadap polisi kerja kerajaan, industri dan universiti. Perubahan ini sedikit sebanyak menggugat aktiviti pengajaran, penyelidikan, penjanaan kewangan dan kemasyarakatan yang dirancang oleh universiti.

Walaubagaimanapun, dalam masa yang sama, keberadaan Internet Pelbagai Benda (IoT), dan Revolusi Industri 4.0 memberi peluang untuk USM lebih kreatif bagi memastikan kelangsungan aktiviti dan tanggungjawab pada bangsa dan negara. Kunci pada kejayaan keputusan dan tindakan dalam era serba dinamik ini ialah dasar maklumat yang digunakan.

Pusat Perancangan Institusi dan Strategi (IPSC) ingin memastikan supaya penggubal dasar, pembuat keputusan dan warga kakitangan USM umumnya mempunyai maklumat yang tepat dan bermakna. Maklumat ini bukan sahaja perlu memenuhi piawaian badan-badan berwibawa, tetapi juga semasa. Justeru, laman web IPSC kini telah di kemaskini agar ia bukan sahaja dapat digunakan untuk mengenali peranan dan fungsi IPSC, tetapi juga untuk membolehkan maklumat pencapaian dan strategi USM dicapai dengan mudah oleh warga USM. Ruangan ini juga akan digunakan untuk berkongsi instrumen strategi dan juga penyelesaian pada persoalan yang biasa timbul untuk pengukuran pencapaian. Besar harapan saya agar maklumat dalam laman ini dapat memberi manfaat pada warga USM untuk memacu universiti ke arah kejayaan yang lebih cemerlang dalam era yang serba mencabar ini.

Profesor Dr. Asrul Akmal Shafie
Pengarah,
Pusat Perancangan Institusi dan Strategik
Universiti Sains Malaysia
Professor of Pharmacoeconomics