Skip to main content

Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil Sempena Menyambut Bulan Ramadan 1445H

Pusat Perancangan Institusi dan Strategik telah menganjurkan satu Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil pada 4 Mac 2024 (Isnin) bermula jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat IPSC. Majlis bacaan yassin dan tahlil ini dipimpin oleh YBrs. Profesor Dr. Asrul Akmal Shafie, Pengarah IPSC.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengajak seluruh staf IPSC bersama-sama bermunajat dan memohon kerahmatan serta perlindungan Allah SWT agar kita semua dipelihara, dilindungi dan dipermudahkan segala urusan. 

Semoga doa dan bacaan Yassin tersebut diangkat sebagai amal soleh tanda kita bersyukur dan bersabar atas apa jua ketentuan Allah SWT dalam menjalani kehidupan seharian kita.

Di akhir majlis, staf IPSC telah dihidangkan dengan juadah makanan yang telah dibawa sendiri oleh rakan-rakan IPSC secara potluck.


Nurul Huda Abdullah (IPSC)
7 Mac 2024