BENGKEL JAWATANKUASA MyRA USM
Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Perancangan Institusi dan Perancangan Strategik (IPSC) telah menganjurkan Bengkel Jawatankuasa MyRA pada 28 Februari 2025 (Jumaat), jam 8.30 pagi - 4.30 petang bertempat di Dewan Utama Desasiswa, Restu. Bengkel ini diadakan untuk merancang dan melaksanakan strategi pengumpulan dan penyediaan data MyRA tahun 2024 bagi bagi tujuan pengauditan oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi . MyRA merupakan instrumen yang menilai kecemerlangan penyelidikan institusi pendidikan tinggi di Malaysia melalui analisis input, proses, output, hasil dan impak dalam bidang Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersilan dan Inovasi.
Bengkel ini melibatkan penyertaan aktif daripada pelbagai seksyen, termasuk A1, B2, B3 dan G1 yang memfokuskan kepada maklumat umum staf. Pendaftar USM, Encik Mohd Azizudin Mohd Shariff mengetuai seksyen ini dengan sokongan pegawai penyelaras dari IPSC, Puan Norlela Hashim dan Puan Rozay Manan.
Selain itu, seksyen lain seperti A2 & D1-D7 yang menumpukan kepada kuantiti dan kualiti pascasiswazah, diketuai oleh Dekan Institut Pengajian Siswazah, Profesor Dr. Azlan Abdul Aziz turut mengambil bahagian dalam bengkel ini. Pegawai penyelaras bagi seksyen ini ialah Encik Mohd Azwan Abdullah dari IPSC.
Bengkel ini merupakan sebahagian daripada perancangan MyRA USM 2024 bagi penilaian data 2023, dengan objektif utama untuk memastikan pengumpulan data R&I yang lengkap dan menyeluruh. Data ini penting dalam membantu pengurusan tertinggi insitusi dan kementerian merangka hala tuju serta dasar pendidikan tinggi negara.
Melalui penganjuran bengkel ini, USM bertekad untuk meningkatkan kecemerlangan penyelidikan dan inovasi, selaras dengan aspirasi universiti untuk menjadi peneraju dalam bidang pendidikan tinggi di peringkat nasional dan antarabangsa.











