MAJLIS MAKAN MALAM PENGHARGAAN STAF IPSC MERIAH DI OLIVE TREE HOTEL
Pusat Perancangan Institusi dan Strategik (IPSC) telah mengadakan Majlis Makan Malam Penghargaan Staf IPSC bertempat di Olive Tree Hotel, Bayan Lepas. Acara ini bertujuan menghargai komitmen dan dedikasi Staf IPSC sepanjang tahun.
Majlis dimulakan pada pukul 6.30 petang dengan ucapan pembukaan oleh Pengarah IPSC, Profesor Dr. Asrul Akmal Shafie,yang meletakkan pentingnya semangat kerjasama dan penghargaan terhadap usaha setiap staf dalam menjayakan visi dan misi IPSC.
“Kejayaan IPSC sepanjang tahun ini tidak mungkin dicapai tanpa kerjasama, dedikasi, dan usaha gigih setiap seorang daripada anda,” ujar Prof. Asrul dalam ucapannya.
Majlis turut menyelitkan sambutan Hari Lahir bagi staf yang meraikan ulang tahun mereka pada bulan Mei sehingga Disember. Kek hari lahir telah disediakan, dan suasana menjadi lebih meriah dengan nyanyian lagu “Selamat Hari Jadi” oleh semua Staf IPSC.
Detik yang paling dinanti-nantikan ialah cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik. Pertandingan Video terbaik oleh Staf IPSC mengikut Seksyen juga diumumkan pemenangnya. Suasana menjadi lebih ceria apabila pemenang diumumkan satu persatu, dengan sorakan dan gelak tawa memenuhi dewan.
Acara ini disusuli dengan jamuan makan malam yang dihidangkan secara dome, menampilkan pelbagai hidangan yang disediakan oleh Hotel. Semua staf berpeluang menikmati masa berkualiti bersama rakan sekerja dalam suasana santai dan penuh keakraban.
Sebelum majlis berakhir, sesi bergambar diadakan untuk mengabdikan kenangan hari yang bermakna ini. Semua Staf IPSC pulang dengan hati yang gembira, disemai dengan semangat baharu untuk menghadapi cabaran tahun mendatang.
Majlis Makan Malam Penghargaan Staf IPSC ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengukuhkan hubungan antara staf, tetapi juga sebagai dorongan untuk terus memberikan yang terbaik dalam setiap tanggungjawab yang diamanahkan.
SAMBUTAN HARI LAHIR STAF IPSC MEI-DISEMBER 2024