Skip to main content

LATIHAN KAWAD KEBAKARAN  PUSAT PERANCANGAN INSTITUSI DAN STRATEGIK (IPSC) BERJALAN LANCAR

9 Disember 2024 - Pusat Perancangan Institusi dan Strategik (IPSC) telah mengadakan latihan kawad kebakaran sebagai sebahagian daripada inisiatif keselamatan dan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan. Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kakitangan staf tentang prosedur keselamatan serta memastikan keberkesanan tindakan semasa situasi kecemasan sebenar.

Latihan yang dikendalikan oleh Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) melibatkan keadaan kebakaran serta pemindahan bangunan. Semua Staf dilatih untuk mengikuti laluan kecemasan yang ditetapkan dan berkumpul di kawasan selamat iaitu di Tapak Parkir Dewan Persidangan Universiti (DPU).

Pengarah IPSC, Profesor Dr. Asrul Akmal Shafie menyatakan,”Latihan ini penting untuk memastikan semua pihak tahu bagaimana bertindak dalam keadaan kecemasan. Keselamatan adalah keutamaan kita, dan latihan sepeti ini akan terus diadakan secara berkala.”

Latihan ini mendapat kerjasama baik daripada pihak yang terlibat, iaitu Jabatan Keselamatan, USM yang turut memberikan taklimat mengenai penggunaan alat pemadam api dan kaedah memadamkan kebakaran kecil.

Tahniah kepada pasukan IPSC telah berjaya mematuhi garis panduan masa berkumpul dalam tempoh hanya 2 minit! Pencapaian ini menunjukkan kecekapan pasukan dalam menguruskan masa dan mematuhi SOP yang ditetapkan, iaitu di bawah 5 minit. Usaha ini wajar dijadikan contoh kepada PTJ lain untuk mencapai tahap kepatuhan SOP yang terbaik.

Dengan latihan ini, IPSC berharap dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan keselamatan komuniti kerja masing-masing.


NURUL HUDA BINTI ABDULLAH
12 DISEMBER 2024

LATIHAN KAWAD KEBAKARAN IPSC

KK 1

KK 2

KK 5

KK 6

KK 7

KK 3

KK 4

KK 11

KK 12

KK 14

KK 15

KK 9

KK 10

KK 13

KK 16

KK 17