Skip to main content

LATIHAN ASAS PENINGKATAN KOMPETENSI KOMUNIKASI DAN KOMUNIKASI PERSUASIF DALAM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN IPSC

Pusat Perancangan Institusi dan Strategik (IPSC) telah menganjurkan Bengkel Latihan Asas Peningkatan Kompetensi Komunikasi dan Komunikasi Persuasif dalam Penyampaian Perkhidmatan IPSC. Program ini berlangsung di Ruang Legar IPSC dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang dengan penyertaan semua staf IPSC yang berjawatan gred 19 dan ke atas.
 
Bengkel ini dikendalikan oleh penceramah jemputan, Profesor Madya Dr. Izzal Asnira Zolkepli, Pensyarah dari Pusat Pengajian Komunikasi, USM. Antara topik yang dibincangkan termasuk konsep asas komunikasi , jenis-jenis komunikasi, apakah penghalang komunikasi yang berkesan, dan aplikasi komunikasi dalam kepimpinan Pusat Tanggungjawab.
 
Latihan praktikal dan perkongsian interaktif selain ceramah, bengkel ini juga menampilkan sesi latihan amali untuk mempraktikkan kemahiran komunikasi persuasif. Aktiviti berkumpulan seperti simulasi penulisan emel secara profesional yang menggabungkan elemen logos,ethos dan pathos membantu peserta mengasah kemahiran menyampaikan mesej dengan jelas dan meyakinkan.
 
Pengarah IPSC, Profesor Dr. Asrul Akmal Shafie, dalam ucapannya menekankan kepentingan kompetensi komunikasi untuk memastikan keberkesanan penyampaian maklumat dan kolaborasi yang lebih produktif dalam Pusat Tanggungjawab. “Komunikasi yang baik adalah asas kepada kejayaan Pusat Tanggungjawab dalam mencapai visi dan misi yang ditetapkan.”katanya.
 
Staf IPSC menyatakan penghargaan atas ilmu yang diperoleh daripada Profesor Madya Dr. Izzal Asnira. Dengan gabungan teori dan praktikal, bengkel ini diharap dapat memperbaiki cara penyampaian maklumat dan meningkatkan hubungan kerja yang lebih harmoni dalam kalangan staf IPSC.
 

Bengkel yang berlangsung dengan jayanya itu tamat sekitar jam 4.30 petang. Dengan harapan ilmu yang disampiakan mampu dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua staf IPSC.


NURUL HUDA ABDULLAH
9 DISEMBER 2024

STAF IPSC

BENGKEL KOMUNKASI 2

BENGKEL KOMUNKASI 3

BENGKEL KOMUNKASI 4

BENGKEL KOMUNKASI 5

BENGKEL KOMUNKASI 6

BENGKEL KOMUNKASI 7

BENGKEL KOMUNKASI 8

BENGKEL KOMUNKASI 9

BENGKEL KOMUNKASI 10

BENGKEL KOMUNKASI 11

BENGKEL KOMUNKASI 12

BENGKEL KOMUNKASI 13

BENGKEL KOMUNKASI 14

BENGKEL KOMUNKASI 15