LAWATAN PENANDA ARAS PENGINTEGRASIAN DAN TADBIR URUS DATA, ICT & TEKNOLOGI DARI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) DAN UNIVERSITI MALAYA (UM)
JOHOR BAHRU & KUALA LUMPUR, 12-16 NOVEMBER 2024 (SELASA-SABTU) - Lawatan Penanda Aras anjuran Pejabat CDO, kerjasama Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi (PPKT) dan Pusat Perancangan Institusi dan Strategik (IPSC) telah dilaksanakan pada 12-16 November 2024. Seramai 12 orang delegasi daripada Universiti Sains Malaysia yang diketuai oleh YBrs. Profesor Dr. Azlan Bin Amran, Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri dan Masyarakat dan disertai oleh Ketua Pegawai Digital (CDO), Pengarah Pusat Perancangan Institusi dan Strategik (IPSC), Pengarah Pusat Pengetahuan Komunikasi Teknologi dan Maklumat (PPKT), Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) berserta Pegawai Tadbir dan Pegawai-Pegawai Teknologi Maklumat USM telah mengunjungi Pusat Pengurusan Data Universiti (PPDU), UTM pada 13 November 2024.
Setibanya di sana, delegasi telah disambut mesra oleh Encik Md Razib Bin Karno, Pengarah Pusat Pengurusan Data Universiti (PPDU) dan beberapa orang staf. Beliau telah memberi taklimat berkaitan kaedah pengurusan data, penubuhan PPDU dan pembangunan gudang data kepada delegasi dari USM. Pihak USM telah dibawa melawat ke Pusat Data (Data Centre) UTM.
Lawatan penanda aras seterusnya adalah di Pusat Pengurusan Data & Maklumat (PPDM), Universiti Malaya (UM) pada hari Jumaat, 15 November 2024. Seramai 11 orang delegasi daripada Universiti Sains Malaysia. Lawatan ke PPDM UM diketuai oleh CDO USM.
Delegasi USM telah disambut mesra oleh Profesor Ts. Dr. Nor Badrul Anuar bin Juma’at, Ketua Pegawai Digital Portfolio Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) Universiti Malaya dan dibawa ke Bilik Mesyuarat 3. Program ini bermula dengan sesi pembentangan, sesi Interaksi dan Perkongsian Amalan Baik dan Perkongsian Teknikal dari Pusat Pengurusan Data & Maklumat, Universiti Malaya.
YBrs. Profesor Dr. Azlan Bin Amran, Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri dan Masyarakat berterima kasih kepada pihak UTM dan UM kerana sudi menerima kunjungan dari USM. Pihak USM juga berbesar hati dan mengalu-alukan kunjungan balas dari pihak UTM dan UM di lain kesempatan.
Penutup majlis diraikan dengan pemberian cenderahati oleh USM kepada pihak UTM dan UM. Diharapkan, inisiatif ini menjadi platform efektif untuk pertukaran pengetahuan dan memperkuat kerjasama antara semua pihak.
LAWATAN KE UM PADA 15 NOVEMBER 2024
LAWATAN KE UTM PADA 13 NOVEMBER 2024