Skip to main content

MESYUARAT JAWATANKUASA TADBIR URUS DATA UNIVERSITI (JKTUDU) BIL.1/2024

Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus Data Universiti (JKTUDU) Bil. 1/2024 telah diadakan pada 5 November 2024 (Selasa), Jam 11.15 pagi sehingga 12.30 tengahari bertempat di Bilik Persidangan, Bangunan C23, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengerusi JKTUDU iaitu Dr. Muhammad Firdaus Akbar Jalaludin khan, Ketua Pegawai Digital (CDO), Pejabat Ketua Pegawai Digital, Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat.

Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk memperkemas tadbir urus data dan menyeragamkan proses silang fungsi antara jabatan/agensi bagi menghasilkan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan. Dan juga memelihara intergriti data elektronik, menggalak perkongsian maklumat dan menyediakan kaedah bagi penyebaran maklumat secara elektronik kepada pengguna yang sah sama ada dalam atau luar IPT.

Turut hadir Timbalan Pengerusi JKTUDU, Profesor Dr. Asrul Akmal Shafie iaitu Pengarah IPSC, Encik Muhamad Ruzaimi Azizan wakil kepada Encik Ahmad Fadhlul Irham Yusoff, Timbalan Pengerusi JKTUDU dan Ahli-Ahli JKTUDU yang lain.


NURUL HUDA ABDULLAH
7 NOVEMBER 2024