Skip to main content

LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT PERANCANGAN INSTITUSI & STRATEGIK (USM) KE UNIT PENGURUSAN PRESTASI DAN PENYAMPAIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT)

Pulau Pinang,9 Sept – Pusat Perancangan Institusi  & Strategik (IPSC)  telah mengadakan  Lawatan Penanda Aras ke Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian Pendidikan Tinggi, Putrajaya. 

Delegasi IPSC yang diketuai oleh Profesor Dr. Hooy Chee Wooi, Timbalan Pengarah Pusat Perancangan Institusi & Strategik (IPSC) serta 2 orang pegawai IPSC iaitu Cik Hani Soraya Ahmad, Ketua Penolong Pendaftar dan Puan Nur Atiqah Abdul Rahim, Analyst bertujuan untuk melihat prestasi dan potensi Universiti di dalam menjayakan Landasan Hala Tuju Pendidikan Tinggi 2024.

Kunjungan lawatan ini telah disantuni oleh Profesor Dr. Zainal Amin Ayub, Ketua Unit (HEAD) bersama 3 orang pegawai dari Unit (HEAD) iaitu Puan M.Nithiya Ruby A/P Munusamy, Seksyen Pelaporan, Cik Hanisah Hassan, Seksyen Prestasi dan Puan Nor Hazila Haron, Seksyen Penyampaian.

Semasa lawatan, Pegawai IPSC telah diterangkan berkenaan Dashboard prestasi yang membolehkan pihak IPSC meneliti dan merancang strategi yang sesuai untuk mencapai KPI-KPI fokus yang telah ditetapkan.  Inisiatif mengemaskini maklumat prestasi USM pada Dashboard tersebut juga telah diselesaikan dengan jayanya bersama-sama pihak HEAD, dan diikuti perbincangan berkaitan pengukuran impak untuk inisiatif-insitaif strategik Universiti dalam Landasan Pengajian Tinggi 2024 tersebut.


NURUL HUDA ABDULLAH
11 SEPTEMBER 2024