Skip to main content

Jom Makan Buah @IPSC

Pada 24 Julai 2024, Rabu, Pusat Perancangan Institusi dan Strategik (IPSC) telah menganjurkan aktiviti Jom Makan Buah sempena Musim Buah Durian bertempat di Perkarangan IPSC. Aktiviti ini berlangsung dari jam 2.30 petang hingga 4.00 petang dan dirasmikan oleh YBrs. Profesor Dr. Asrul Akmal Shafie, Pengarah IPSC.

Semua staf IPSC berpeluang menikmati pelbagai jenis buah-buahan seperti manggis, rambutan, mangga, dan durian yang mendapat sambutan hangat. Selain itu, hidangan pulut bersama santan durian turut disediakan untuk menambah kemeriahan.

Majlis ini juga meraikan pencapaian Puan Rozy Manan yang dinaikkan pangkat dan Puan Norlela Hashim yang menerima tawaran cuti sabatikal. Aktiviti ini berjaya mengeratkan hubungan antara Ketua Jabatan, pegawai, dan staf sokongan IPSC.


Nurul Huda Abdullah
24 Julai 2024