Skip to main content

Latihan Pengukuhan Kompetensi IPSC Siri 1: Pengurusan Risiko

15 Julai 2024 – Pusat Perancangan Institusi dan Strategik (IPSC) telah menganjurkan Latihan Pengukuhan Kompetensi IPSC Siri 1: Pengurusan Risiko yang melibatkan seramai 30 orang staf bertempat di Foyer IPSC. Latihan yang diadakan ini merupakan latihan yang pertama dilaksanakan oleh IPSC.

Sesi latihan ini bertujuan mengenalpasti, mengukur dan menganalisis risiko serta cara mengurus risiko dan tindakan-tindakan kawalan yang perlu dibuat berkaitan dengan pelaksanaan skop perkhidmatan di IPSC.

Penentuan tahap risiko menyediakan organisasi dengan maklumat yang diperlukan untuk memilih perlindungan-perlindungan dan langkah kawalan yang bersesuaian untuk mengurangkan risiko kepada satu tahap yang boleh diterima. Output proses penilaian risiko adalah input bagi proses membuat keputusan yang menetapkan sama ada menerima, mengurangkan, memindahkan atau mengelakkan risiko yang sudah dikenalpasti. Ini akan dilakukan dalam Selection of Controls (Pemilihan Kawalan) dan ditunjukkan dalam Risk Treatment Plan (RTP) (Pelan Pemulihan Risiko).

Sesi ini dimulai dengan taklimat daripada YBrs. Profesor Dr. Hooy Chee Wooi, Timbalan Pengarah IPSC. Kemudian staf pelaksana dan kumpulan sokongan dibahagikan kepada kumpulan mengikut skop perkhidmatan masing-masing. Kemudian diakhiri dengan pembentangan daripada setiap wakil kumpulan.


Nurul Huda Abdullah
16 Julai 2024