Skip to main content

Program Gotong-Royong Perdana USM 2024

Kampus Sejahtera, Universiti Sains Malaysia telah menganjurkan program Gotong-Royong Perdana di peringkat PTJ Sempena Minggu Kelestarian USM 2024. Pusat Perancangan Institusi dan Strategik (IPSC) turut serta melaksanakan satu Gotong Royong Perdana mengemas dan melupus bahan-bahan lama yang dirasakan sudah tidak diperlukan.

Akitiviti yang sangat bermanfaat ini adalah sebagai sokongan kepada usaha Jawatankuasa Kelestarian USM dalam membudayakan Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Melalui aktiviti ini juga secara tidak langsung turut menyumbang kepada amalan kelestarian hijau. 

Program ini juga memberi impak positif kepada warga staf kerana selain menjadi aktiviti fizikal yang menyihatkan tubuh badan, malah mereka turut diberi pendedahan untuk lebih menghargai keindahan serta kepentingan memelihara alam sekitar agar sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.

Penglibatan seluruh staf dalam menjayakan program ini telah membantu merealisasikan aktiviti ini. Tahniah dan terima kasih di atas penglibatan semua staf yang menyertai program gotong-royong yang berakhir pada jam 4.00 petang pada hari yang sama ini.

Tarikh: 5 Jun 2024 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat: Pejabat Am dan luar Bangunan IPSC.

Nurul Huda Abdullah (IPSC)
6 Jun 2024

  1. Kertas b/w : 52.5 kg  (RM21)
  2. Kertas mix : 735 kg  (RM147)
  3. Kotak : 7 kg  (RM2.80)
  4. Surat khabar : 10 kg  (RM5.50)
  5. Besi : 100 kg  (RM60)

Jumlah keseluruhan : 904.5kg 
(RM236.30)