Skip to main content

Taklimat Strategi Universiti Sains Malaysia Tahun 2024

Pusat Perancangan Institusi dan Strategik (IPSC) telah mengadakan Taklimat Strategi 2024 pada 24 Mei 2024 (Jumaat) bertempat di Auditorium Murad Mohd Noor, Sains@USM bersama Pengurusan Tertinggi Universiti.

Taklimat ini adalah bertujuan untuk meninjau semula perancangan dan strategi sedia ada Universiti, termasuk bagaimana Universiti dapat menyokong lima fokus utama Pengajian Tinggi Pendidikan 2024 yang telah digariskan oleh KPT, dengan merujuk Pelan Strategik USM sejajar dengan teras APEX Universiti.

Melalui libatsama PTJ sebagai pemangkin utama strategi universiti, universiti berharap setiap cadangan dan idea yang diformulasikan sebagai strategi dan pelan tindakan akan memberikan dorongan kepada pencapaian kecemerlangan universiti.

Turut hadir YBrs. Profesor Dr. Asrul Akmal Shafie (Pengarah IPSC), YBrs. Profesor Dr. Hooy Chee Wooi (Timbalan Pengarah IPSC), YBhg. Profesor Dato’ Dr. Aldrin Abdullah (Pengerusi Jawatankuasa Penambahbaikan Pelan Strategik USM), YBrs. Profesor Dr. Saidatulakmal Mohd (Pengerusi Jawantankuasa Pemandu APEX), YBhg. Profesor Dato’ Gs. Dr Narimah Samat (Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa), YBrs. Profesor Dr. Habibah A Wahab (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi), YBrs. Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan YBrs. Profesor Dr. Azlan Amran (Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat).


Nurul Huda Abdullah (IPSC)
28 Mei 2024