MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI IPSC 2025 MERIAH DENGAN KEHADIRAN TETAMU JEMPUTAN
Pusat Perancangan Institusi dan Strategik (IPSC) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di perkarangan Foyer IPSC, bermula jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang.
Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh meriah ini telah dimeriahkan dengan kehadiran para tetamu kehormat termasuk Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi (R&I), YBrs. Profesor Dr. Habibah A. Wahab; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), YBrs. Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Timbalan Naib Canselor Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM), YBrs. Profesor Dr. Azlan Amran; serta Penasihat Undang-Undang Universiti, YBrs. Dr. Khairul Anuar Che Azmi.
Turut memeriahkan majlis ialah Ketua-Ketua Jabatan, mantan warga IPSC, serta seluruh Staf IPSC yang hadir bagi meraikan sambutan Aidilfitri bersama-sama.
Pelbagai juadah istimewa Hari Raya disajikan kepada para tetamu sebagai simbol perpaduan dan kemesraan. Majlis turut diserikan dengan rakaman video TikTok trend raya viral “Serumpun” dan persembahan tarian “Salam-Salam Lebaran”, yang menceriakan suasana sambutan.
Majlis ini bukan sahaja menyemarakkan sambutan Aidilfitri, malah mengeratkan hubungan silaturrahim antara semua yang hadir. Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini.

Title

Title
