Satu sesi perjumpaan telah diadakan bersama YBrs. Profesor Dr. Saidatulakmal Mohd, Pengarah Pusat Perancangan Institusi dan Strategik (IPSC) yang baharu, serta YBrs. Dr. Nor Asniza Ishak, Timbalan Pengarah Baharu IPSC, bertempat di Bilik Mesyuarat IPSC.
Tujuan perjumpaan ini adalah untuk beramah mesra serta memperkenalkan Kepimpinan baharu IPSC kepada semua staf IPSC.
Sesi ini diharapkan dapat mengukuhkan kerjasama antara semua staf IPSC merintis hala tuju baharu bagi IPSC di bawah Pengarah dan Timbalan Pengarah yang baru dilantik.
NURUL HUDA ABDULLAH
8 JANUARI 2025