SESI LAWATAN KERJA PUSAT PENGURUSAN DATA DAN MAKLUMAT (PPDM), UM KE PUSAT PERANCANGAN INSTITUSI DAN STRATEGIK (IPSC), USM
Pusat Perancangan Institusi dan Strategik (IPSC) telah menerima lawatan kerja dari Pusat Pengurusan Data dan Maklumat (PPDM), Universiti Malaya pada 17 September 2024, jam 10.00 pagi – 1.00 tengahari bertempat di Bilik Mesyuarat IPSC.
Sesi lawatan ini telah disambut baik oleh Pengarah IPSC iaitu Profesor Dr. Asrul Akmal Shafie, serta pegawai-pegawai IPSC. Deligasi ini diketuai oleh Dr. Muhammad Faiz Mohd Zaki (Pengarah PPDM) serta 6 orang Staf PPDM; Encik Ahmad Ali-Emran Emran (Ketua Bahagian, EkosistemPengurusan Data & Maklumat), Ts. Mohd Adiel Azhar Harun (Ketua Bahagian Analitik Data), Encik Mohd Ezwan Samsudin (Pegawai Teknologi Maklumat), Encik Muhammad Firdaus Kamarudin (Penolong Pendaftar), Puan Nooraida Suraya Mohd Zaib (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat) dan Puan Noraniza Mohamad Paisal (Setiausaha Pejabat)
Tujuan lawatan ini adalah sebagai satu lawatan kerja dan penanda aras, di samping menjadi platform untuk perkongsian pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengurusan data. Lawatan ini secara tidak langsung telah memberi peluang kepada para peserta untuk memahami dengan lebih mendalam amalan terbaik dalam pengurusan data di antara kedua-dua universiti. Selain itu, lawatan ini juga berfungsi sebagai medium untuk bertukar-tukar idea, strategi, dan inovasi yang berkaitan dengan pengurusan data, sekaligus membantu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam bidang ini.
Pihak PPDM mengucapkan ribuan terima kasih kepada IPSC atas lawatan ini dan berbesar hati untuk meneroka peluang kolaborasi antara kedua-dua pihak kelak . Semoga sesi lawatan ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan Maklumat Pengurusan Data serta seterusnya menjalinkan hubungan kerjasama yang erat antara PPDM (UM ) dan IPSC (USM).