Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024, Pusat Perancangan Institusi dan Strategik
Pusat Perancangan Institusi dan Strategik telah mengadakan jamuan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 pada 23 Syawal 1445H bertempat di Perkarangan IPSC. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu undangan daripada bekas kakitangan IPSC.
Mereka disajikan dengan pelbagai jenis makanan yang disediakan secara ‘potluck’. Menu utama ialah Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam dan Acar Timun. Manakala menu yang disediakan secara ‘potluck’ oleh staf IPSC adalah Ketupat Pulut, Lemang, Rendang Ayam, Nasi Impit & Kuah Kacang, Satay Ayam, Laksa, Lontong dan Tauhu Bergedil. Selain itu, terdapat juga manisan yang turut dihidangkan seperti brownies, Kek Marble, Kek Butter, Jelly Kelapa, Sagu Gula Melaka dan Aiskrim.
Semoga Majlis yang telah diadakan ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara Staf IPSC dengan tetamu-tetamu yang hadir. Pihak IPSC mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang sudi meluangkan masa memeriahkan lagi jamuan ini. Walau setahun sekali, Hari Raya pasti membawa seribu makna apabila diraikan bersama.
Nurul Huda Abdullah (IPSC)
2 Mei 2024