IPSC Turut Serta Dalam Program Penanaman 1 Juta Pokok, Sempena Hari Bumi 2024
Staf Pusat Perancangan Institusi dan Strategik (IPSC) turut serta menjayakan Program Menanam 1 Juta Pokok di Pulau Pinang Peringkat USM.
Seramai 16 orang staf IPSC yang diketuai oleh En. Azrie Azeem selaku Pegawai Kelestarian, bersama-sama bergotong-royong menanam 10 anak pokok limau kasturi di sekitar Bangunan C03 bersempena Program Menanam 1 Juta pokok di Pulau Pinang Peringkat USM anjuran Pejabat Timbalan Naib Canselor, BJIM pada 22 April 2024 (Isnin).
Program penanaman pokok ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya warga USM mengenai pentingnya penjagaan kawasan litupan hijau untuk kesejahteraan hidup manusia, selain sebagai usaha menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara.
Tarikh: 22 April 2024 (Isnin)
Masa: 9.00 pagi - 10.00 pagi
Lokasi: Bangunan C03, Pusat Perancangan Institusi dan Strategik
Nurul Huda Abdullah (IPSC)
22 April 2024