Skip to main content

IPSC SERTAI PROGRAM JALAN LAJU (BRISK WALK) 1000 JALUR GEMILANG USM 2026

PULAU PINANG, 9 September 2026

IPSC menyokong agenda Universiti Sains Malaysia (USM) dalam menyemarakkan semangat patriotisme dan kebersamaan dalam kalangan warga universiti menerusi Program Jalan Laju (Brisk Walk) 1,000 Jalur Gemilang USM 2026 bersempena dengan sambutan Hari Malaysia.

Program ini menjadi wadah untuk menyatukan warga USM melalui semangat patriotisme, kebersamaan dan kecintaan terhadap negara, selaras dengan usaha memartabatkan Jalur Gemilang sebagai lambang identiti negara, kedaulatan serta kecintaan kepada tanah air.