Skip to main content

Sesi Perbincangan Meja Bulat Perancangan Strategi USM

Pusat Perancangan Institusi dan Strategik (IPSC), Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan Sesi Perbincangan Meja Bulat Perancangan Strategi USM pada 13 Mei 2026 bertempat di Dewan Kembara 1, Desasiswa Indah Kembara,USM.

Sesi ini merupakan sebagai sebahagian dari usaha merangka Pelan Strategik USM 2027–20XX. Sesi yang menghimpunkan ahli Pasukan Pembangunan Pelan Strategik USM ini bertujuan membincangkan hala tuju strategik universiti bagi memastikan kesinambungan kecemerlangan institusi selepas berakhirnya tempoh pelaksanaan Pelan Strategik APEX-USM 2022–2026.

Perbincangan turut memberi tumpuan kepada penilaian menyeluruh terhadap pelaksanaan inisiatif strategik sepanjang tempoh 2022 hingga 2026 yang merangkumi aspek pelaksanaan program, tempoh pelaksanaan, kaedah pelaksanaan, kos aktiviti, pencapaian yang diperoleh, kekangan yang dihadapi serta keperluan dan penambahbaikan yang perlu dipertimbangkan.

Sesi ini akan diteruskan dengan beberapa sesi perbincangan lanjutan melalui beberapa siri perbincangan lanjutan yang melibatkan pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan pihak berkepentingan bagi mendapatkan pandangan serta maklum balas yang lebih menyeluruh. Pendekatan kolaboratif ini diharap dapat menghasilkan Pelan Strategik USM 2027–20XX yang komprehensif, inklusif dan berteraskan keperluan semasa, sekali gus memperkukuh hala tuju universiti dalam menghadapi cabaran masa hadapan serta memastikan kesinambungan kecemerlangan USM di peringkat nasional dan antarabangsa.