IPSC Anjur Program Semarak Kasih Ramadhan Bersama Komuniti
Kubang Semang, 14 Mac 2026 – Pusat Perancangan Institusi dan Strategik (IPSC) telah menganjurkan Program Semarak Kasih Ramadhan IPSC Bersama Komuniti bertempat di Masjid An-Nur, Guar Perahu, Kubang Semang, sebagai inisiatif memperkukuh hubungan antara institusi dan masyarakat setempat serta menyemarakkan keberkatan bulan Ramadhan.
Program yang berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi ini dimulakan dengan ketibaan para tetamu dan staf IPSC, diikuti ucapan aluan oleh Pengerusi Masjid An-Nur, Tn. Hj. Efendy Bin Hj. Hashim dan Pengarah IPSC, Prof. Dr. Saidatulakmal Binti Mohd.
Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa bulan Ramadhan bukan sahaja merupakan medan meningkatkan ibadah, malah menjadi platform penting dalam menyemai nilai keprihatinan, kasih sayang dan kebersamaan dalam komuniti. Program ini juga mencerminkan komitmen IPSC dalam melaksanakan tanggungjawab sosial melalui perkongsian rezeki dan sokongan kepada golongan yang memerlukan.
Majlis turut diserikan dengan ceramah khas bertajuk “Peranan Ibu Bapa dalam Memupuk Minat Anak terhadap Bidang STEM” yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah IPSC, Prof. Madya Dr. Nor Asniza Binti Ishak. Ceramah ini memberi penekanan kepada peranan ibu bapa dalam membentuk minat dan masa depan anak-anak dalam bidang pendidikan berteraskan sains dan teknologi.
Kemuncak program adalah penyampaian sumbangan Kit Asas Ramadhan kepada para penerima yang telah dikenal pasti. Sumbangan ini diharap dapat membantu meringankan beban serta menceriakan sambutan Ramadhan dalam kalangan komuniti setempat.
Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima, malah membuka ruang kepada warga IPSC untuk mendekatkan diri dengan masyarakat, memupuk nilai empati serta memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara institusi dan komuniti.
IPSC turut merakamkan penghargaan kepada pihak Masjid An-Nur serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Diharapkan inisiatif sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan demi menyemai semangat kebersamaan dan kesejahteraan masyarakat.
teks: Ts. Dr. Mohamed Azlan Ashaari
27 MAC 2026
Semarak Kasih Ramadhan Aktvt 1
Semarak Kasih Ramadhan Aktvt 2
Semarak Kasih Ramadhan Aktvt 3
Semarak Kasih Ramadhan Aktvt 4
Semarak Kasih Ramadhan Aktvt 5
Semarak Kasih Ramadhan Aktvt 6
Semarak Kasih Ramadhan Aktvt 7
Semarak Kasih Ramadhan Aktvt 8
Semarak Kasih Ramadhan Aktvt 9
Semarak Kasih Ramadhan Aktvt 10
Semarak Kasih Ramadhan Aktvt 11
Semarak Kasih Ramadhan Aktvt 12
Semarak Kasih Ramadhan Aktvt 13
Semarak Kasih Ramadhan Aktvt 14
Semarak Kasih Ramadhan Aktvt 15
Semarak Kasih Ramadhan Aktvt 16