Skip to main content

IPSC ANJUR AKTIVITI TEAM BUILDING DI ESCAPE PENANG

Pusat Perancangan Institusi dan Strategik (IPSC) telah berjaya menganjurkan aktiviti Team Building pada 11 Disember 2025 (Khamis) bertempat di ESCAPE Penang, Teluk Bahang. Program ini melibatkan penyertaan semua staf IPSC dan bertujuan untuk memperkukuh semangat kerjasama serta meningkatkan ketahanan fizikal dan mental dalam kalangan warga staf.

Sepanjang program berlangsung, semua staf telah menyertai pelbagai aktiviti berkonsepkan cabaran yang menekankan kerjasama berpasukan, komunikasi berkesan dan daya ketahanan diri. Aktiviti yang dilaksanakan turut memberi ruang kepada staf untuk keluar daripada rutin kerja harian di samping membina hubungan kerja yang lebih erat dalam suasana yang mencabar namun menyeronokkan.

Penganjuran aktiviti ini selari dengan usaha berterusan IPSC dalam membentuk pasukan kerja yang bersatu, berdaya saing dan berprestasi tinggi. IPSC percaya bahawa pasukan yang kukuh dan bersepadu merupakan asas penting dalam menyokong pencapaian organisasi serta memastikan kelestarian kecemerlangan pada masa hadapan.


TEKS: NURUL HUDA ABDULLAH
8 JANUARI 2026